Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 3, 2024 @ 5:59pm

“Jangan Ada Yang Hidung Tinggi, Ramai Penyanyi Baru Sudah Mula Lupa Diri” – Jadi Juri CSOIAM, Ziana Zain Mahu Kongsi Pengalaman

“Kami diberikan peluang untuk menjadi juri bukan hanya untuk menilai suara dan bakat”.

Demikian respons penyanyi popular, Ziana Zain apabila diberikan tugas menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap bagi program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM).

Kata Ziana ketika ditemui XTRA, dia mahu bersikap positif sekaligus mengambil peluang untuk membimbing penyanyi baharu menjadi artis yang berkualiti.

Bukan itu sahaja, sikap berdisiplin dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang sekeliling adalah rencah utama yang sangat penting bagi seorang penyanyi untuk kekal relevan dalam industri muzik tanah air.

“Kami diberikan peluang untuk menjadi juri bukan hanya untuk menilai suara dan bakat. Tapi, kami juga ingin berkongsi pengalaman dan mendidik mereka untuk menjadi penyanyi yang bagus.

“Sebagai contoh, macam mana pembawakan diri mereka ke dalam industri ini, hubungan baik mereka dengan orang ramai dan peminat. Itu sangat penting terutamanya disiplin.

“Sewaktu saya mula menyanyi pun saya belajar kriteria setiap penggiat industri untuk kekal lama dan digilai ramai.

“Jadi kami (juri tetap) ingin sulamkan kriteria itu dalam diri peserta,” ulasnya.

Ziana berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media program realiti CSOIAM yang bertempat di Jio Space, Petaling Jaya, pada Isnin.

Selain bertanggungjawab mengadili peserta, pelantun lagu Madah Berhelah itu mengaku ada beberapa pelapis baharu  yang sudah mula menunjukkan ‘attitude’ mereka.

Bagaimanapun, Ziana menyifatkan, sikap lupa diri dan hidung tinggi tidak dapat membantu seseorang penyanyi untuk kekal lama dalam industri.

“Ramai penyanyi baru sekarang yang sudah lupa diri. Kita tidak mahu benda itu berlaku.

“Saya dan Yusry juga masih belajar dengan bakat muda. Orang lama belajar dengan pelapis baru. Begitu juga kita mahu pendatang baru ambil pengalaman daripada kita.

“Jangan ada yang hidung tinggi. Saya pernah bekerja dengan orang baru ini. Baru popular dah hidung tinggi… ramai sebenarnya,”katanya.

Menguals lanjut, Ziana menyifatkan penyanyi yang seangkatan dengannya cukup beruntung dek kerana masih kekal lama dalam industri muzik.

Ini kerana, selain diberikan lagu berkualiti, sikap berdisiplin dan keterujaan untuk belajar itu sangat tinggi.

“Apa yang saya boleh katakan kami beruntung sebab ada lagu yang berkualiti. Orang selalu tanya generasi kami boleh kekal lama dalam industri.

“Kami juga beruntung kerana masih dihormati peminat. Sebab imej kita yang pandai menjaga hubungan baik dengan semua pihak termasuklah syarikat rakaman dan rakan-rakan media.

“Tidak rugi jaga disiplin dan hubungan baik dengan orang sekeliling,” jelasnya.

Selain Ziana, Datuk Yusry Abdul Halim dan penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan adalah antara barisan juri tetap yang diberi mandat untuk  mengadili peserta.

Buat para peminat yang sudah lama menantikan program popular ini, nantikan konsert minggu pertama CSOIAM yang bakal menggegarkan pentas hiburan dengan tenaga baharu, momen-momen indah, dan rasa keterujaan yang mendebarkan bermula 22 Disember 2024.

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan CSOIAM Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!

Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.

ARTIKEL BERKAITAN:Top 100 Calpis Soda OIAM Diumumkan, 12 Peserta Bakal Rebut Hadiah Bernilai RM1 Juta

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Cabar Diri, Alina Hassan Jadi Peserta Top 100 Paling Senior Di Calpis Soda OIAM ⁠- “Ada Lagi Ke Nak Dengar Suara Mak Cik?”

ARTIKEL BERKAITAN:Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Kuantan, Allan Andersn Bersyukur Lolos Ke Peringkat Seterusnya

ARTIKEL BERKAITAN: Duo Istimewa Tanpa Penglihatan Tampil Memukau Di Uji Bakat Calpis Soda OIAM, Terima Tawaran Rakaman Daripada Juri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 24 Oct 2018

Si Cengeng Anak Bongsu, Dalam Diam Otaknya Kreatif Dan Pandai Buat Kawan!

Tidak semua anak bongsu itu tidak boleh diharap. Perlu berbalik kepada didikan keluarga!

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

世界百大DJ艾维奇猝死 得年28岁

瑞典籍知名DJ艾维奇(Avicii)于21日凌晨惊传出死讯,得年28岁。他的死讯曝光后,震惊全球粉丝,大家也纷纷涌上他的社群网站上悼念。

Events Tue, 12 Dec 2017

CHECK OUT MALAYSIA’S VERY FIRST PASTRY FESTIVAL!

If you love all things bread, cake, pie and pastry, then get your butt over to the Academy Pastry Festival Malaysia 2017.

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

T.O.P Being Investigated For Breaking Law As Public Service Worker

Big Bang’s T.O.P is currently under investigation again!

Featured Fri, 6 Dec 2019

Ini cara banyakkan bekalan susu badan selepas bersalin

Anda tidak perlu bergantung kepada susu formula.

Featured Wed, 11 Aug 2021

Dakwa Wujud Orang Ketiga, Aman RA & Isteri Akhirnya Sah Bercerai

Selepas mendedahkan kisah rumah tangga mereka berantakan, isteri kepada penyanyi rap Aman RA, Natiqah Rahmat akhirnya mengesahkan beliau telah berpisah dengan suaminya. Menerusi satu perkongsian, Natiqah berkata, lafaz cerai secara taklik yang dibuat pada 29 […]

Events Thu, 8 Dec 2022

Lebih Dekat Dengan Arwah Ibu, Sheila Majid Akui Pandemik Covid-19 Beri Hikmah

Penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid memberitahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu rahmat buatnya kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama arwah ibu tercinta, Datuk Paduka Saadiah Adam yang meninggal dunia pada 1 Ogos […]

Hiburan Sat, 3 May 2025

Didakwa Lari Tak Bayar Kontraktor Ubah Suai Rumah Di London, Bonda Rozita Tampil Bersuara!

Bonda Rozita didakwa tak bayar kontraktor rumah mewah di London

error: Content is protected !!