Euforia Bola 2026
#TriviaXTRA By: Atiqah Johari June 27, 2023 @ 7:38pm

#TriviaXTRA: Teringin Berlakon Dengan Shah Rukh Khan! Ini 4 Perkara Ramai Tak Tahu Tentang Wafariena!

Wafariena atau nama sebenarnya Wafariena Roslan merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model yang mendapat perhatian ramai.

Untuk makluman, sebelum Wafariena menceburi bidang lakonan, dia aktif sebagai penyanyi pancaragam di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kemudian, dia menyertai pertandingan Dewi Remaja 2018/2019.

Nama Wafariena mula meningkat naik apabila dia berjaya membawa watak antagonis iaitu Nurul Ain menerusi drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku.

Jadi, untuk #TriviaXTRA kali ini, Wafariena berkongsi beberapa perkara yang ramai tidak tahu mengenainya.

1. Seorang Yang Nakal?

Setiap orang mesti memiliki karakter yang orang lain tak akan menyangka itu dirinya. Begitu juga dengan Wafariena! Dia berkongsi dia seorang yang nakal! Haa… nakal macam mana tu?

“Saya suka kacau orang. Kalau orang yang saya kenal saya suka cuit-cuit, mengusik. Saya nampak macam lembut, macam manja tapi saya nakal”

Suka mengusik orang rupanya si Wafariena ni eh 🤣

2. Fans Shah Rukh Khan?

Shah Rukh Khan merupakan nama besar dalam industri hiburan dan mempunyai peminat dari seluruh dunia. Wafariena salah seorangnya! Siap teringin nak berlakon dengan SRK 😍

“Teringin nak berlakon dengan Shah Rukh Khan! Impian tinggi tak salah kan? Dia multitalented, dia boleh nyanyi, boleh berlakon, buat kelakar. Semua dia boleh”

Fuh! Siapa je tak minat Shah Rukh Khan kan? Harap angan-angan Wafa tercapai 🫶

3. Nampak Manja Tapi Garang!

Jangan ingat manja-manja, lemah lembut senang nak dibuli. Wafariena garang jugak tau! Grrr

“Wafa ni garang. Siapa yang tahu… Wafa garang tu Wafa diam. Adik-adik tahulah”

Jangan kejut harimau yang sedang tidur. Serammm 🤣

4. Gemar Tonton Cerita Bollywood & Tamil Sebab…

Sebagai seorang pelakon, Wafa gemar tonton cerita Bollywood dan Tamil sebagai rujukan untuk penambahbaikan kualiti lakonannya. Hebat! Tonton sambil belajar giteww.

“Suka tengok Bollywood. Semua Wafa tengok Bollywood, Tamil pun minat. Kita tengok bukan sebab kita suka dia punya language. Minat sebab Wafa belajar dan masih baru dalam industri sebab setiap movie tu lain dia punya lakonan”

Cayalah Wafa 👍

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Apr 2026

Kongsi Perihal Kasih Sayang, Kaka Azraff Titip Pesanan Arwah Ibu – “Tak Pernah Guilt-Tripped Dalam Nasihat Dia”

Kaka Azraff berkongsi pesanan penuh makna yang ditinggalkan arwah ibunya, Allahyarhamah Redida Aziz, mengenai erti kasih sayang sebenar.

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Zoey Rahman & Zarina Anjoulie Turun Padang Bantu 200 Abang Rider

Pelakon, pengacara dan usahawan, Zoey Rahman turun padang membantu kira-kira 200 orang penghantar makanan. Menjalankan program kemasyarakatan anjuran jenama kosmetik miliknya, Mikaseries, Zoey memberikan fokus untuk membantu mereka yang mencari rezeki dengan menjadi ‘rider’ makanan. […]

Trending Thu, 19 Jul 2018

Selebriti Ini Gigih Sahut #InMyFeelingChallenge Yang Tengah Trending Satu Dunia. Memang Sempoi Habis!

Memang comel selebriti-selebriti ini menari cabaran #InMyFeelingChallege! Anda berani nak cuba?

Featured Thu, 17 Oct 2024

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

Hmmmm… betul ke ni. So, acah je lah ni pakai bunga yang sedia ada👀

error: Content is protected !!