Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 31, 2023 @ 3:45pm

Tonton Semula Drama Pa’e Bersama Keluarga, Syeriv Samheizy Sebak Tengok Babak Shaheizy Sam Mati Lemas

Pelakon Shaheizy Sam tampil berkongsi reaksi anak sulungnya, Syeriv Samheizy ketika menonton drama Pa’e yang pernah diterbitkan pada tahun 1997.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sam menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Syeriv kelihatan sangat terkesan dan menangis selepas menonton babak ayahnya, Sam mati lemas dalam drama itu.

“Aloloo.. Pa’e, oooo Pa’e.. Sampai @Syeriv samheizy pon kecundang 😅,” tulisnya.

Tersentuh dengan reaksi anaknya itu, Sam dan Syatilla sempat memujuk Syeriv dengan menjelaskan kepadanya bahawa ia hanya sekadar lakonan.

“Ni tengok bapak dia mati dalam Pa’e dia nangis. Abang sedih ke abang?

“It’s only on TV la. Bukan betul-betul, drama only,” pujuk mereka.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya yang memuji lakonan Sam sejak dahulu.

@shaheizysam Aloloo.. Pa’e, oooo Pa’e.. Sampai @Syeriv samheizy pon kecundang 😅 #Pae #1997 #ForYourPage #FYP #MasukBeranda #TV3 ♬ Braveheart Theme – Piano Man Tom

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Nov 2025

Azmir Saifuddin Dilantik Semula Sebagai CEO FINAS, Fokus Kepada Reformasi & Pembangunan Industri Kreatif Negara

Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh dua tahun bermula 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2027.

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Featured Sat, 27 Apr 2024
Featured Thu, 3 Nov 2022

Wow! Idan Aedan Pelakon Pertama Tempatan Bintangi Siri Netflix Antarabangsa

Pelakon remaja, Idan Aedan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, melakar sejarah industri seni apabila menjadi pelakon pertama tempatan yang membintangi Siri Netflix antarabangsa. Menerusi siri 13 episod berjudul Mr. Midnight: Beware The Monsters […]

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Sun, 7 Jul 2019

K-Clique Cipta Kelainan Dengan ‘Mimpi’

K-Clique yang dianggotai lapan anak muda berasal daripada Kota Kinabalu pastinya mencipta kelainan dan mampu memenuhi citarasa pendengar Hip Hop tempatan.

Hiburan Thu, 24 May 2018

Daesung’s Reason for Hospitalisation Revealed

No worries, guys. It wasn’t anything severe.

Hiburan Fri, 3 Jul 2026

“Nak Menangis Tengok Mereka Berebut Tiket…” – Siti Nurhaliza Tersentuh Pengorbanan Peminat Sanggup Labur Duit & Masa Demi Konsert Gema Bumantara

Siti berkata, dia sempat mengikuti perkongsian peminat di media sosial yang memaparkan pelbagai reaksi ketika sesi jualan tiket

Trending Thu, 19 May 2022

Penyewa Rumah PPR Tidak Bayar Sewa Lebih Sedekad, Tidak Malu Tinggal Secara ‘Percuma’

Ada kalangan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) lebih sedekad tinggal ‘percuma’.

error: Content is protected !!