Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir May 19, 2022 @ 12:32am

Penyewa Rumah PPR Tidak Bayar Sewa Lebih Sedekad, Tidak Malu Tinggal Secara ‘Percuma’

Langsung tiada perasaan malu dan bersalah apabila tinggal ‘percuma’ tanpa membayar sewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama lebih sedekad.

Golongan berkemampuan ini adalah daripada kalangan mereka yang mempunyai kerja tetap, bergaji empat angka dan memiliki kereta mewah.

Namun, golongan yang dikatakan ‘liat’ dan sengaja elak bayar sewa bulanan rumah didiami bersama keluarga hingga mencecah jumlah RM50 juta.

Lebih mengejutkan lagi ada penghuni yang sengaja tidak mahu membayar sewa bulanan hingga menjangkau tempoh 12 tahun.

Kadar sewa dikenakan DBKL hanyalah serendah RM124 hingga RM240, namun sukar untuk dilunaskan.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, pihaknya mempunyai pelan pemulihan untuk menangani isu tunggakan sewa.

Katanya, pasukan khas diwujudkan bagi mengenalpasti unit rumah yang mempunyai banyak tunggakan sewa dan mengadakan sesi bersemuka bersama penyewa terbabit untuk mendapatkan maklumat punca tidak membayar sewa.

Menurut beliau, DBKL cuba bertolak ansur dan tidak menghalau penyewa terbabit secara drastik kerana tidak mahu mereka kehilangan tempat berteduh.

“Berdasarkan rekod, jumlah tunggakan sewa di PA/PPR DBKL pada tahun 2018 berjumlah RM58.5 juta, 2019 berjumlah RM48.6 juta dan terus menurun pada berjumlah RM46.6 juta tahun 2020 dan RM47.6 juta tahun lalu.

“Tunggakan sewa meningkat semula sebanyak empat peratus pada suku pertama tahun ini dengan jumlah RM50.7 juta.

“DBKL meraih kutipan hasil bayaran sewa sebanyak RM66.5 juta pada tahun 2018 dan RM61.6 juta pada tahun 2019.

“Hasil kutipan sewa menurun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kutipan RM19 juta pada tahun 2020, RM31.6 juta pada tahun 2021 dan RM10.9 juta pada suku pertama tahun ini,” katanya.

Tambah Mahadi, pihaknya sedar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 menyebabkan segelintir penyewa terkesan dan menanggung masalah kewangan, namun terdapat juga yang tidak membayar sewa atas sikap tidak bertanggungjawab.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Featured Thu, 7 Jul 2022

“Harga Salt Bae Tak Mahal Mana Pun..”- Aeril Zafrel Jawab Dakwaan Riyak Makan Mewah Di London

Berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Rezeki Aeril, Wawa dan rakan-rakan dapat merasa makan mewah 🤩

Events Sat, 11 Jan 2020

The Ultimate “Kawaii Metal” Rock Band BABYMETAL Is Coming To Malaysia!

More great things are coming in 2020 and we are excited!

Hiburan Thu, 11 Sep 2025

Sissy Imann Puji Amira Othman Jaga Wuduk, Utamakan Solat Fardhu Walau Sibuk

Sissy Iman puji Amira Othman jaga wuduk, utamakan solat fardhu walau sibuk

Featured Thu, 11 Mar 2021
Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Muncul Dalam MV Kekasih Pujaan Berbaju Melayu, Nur Sajat Bangga Sejak Kecil Jadi Rebutan – “Korang Tak Mampu Nyah”

Sajat tanya muka korang ada masuk video klip? Korang mampu? 🔥Ramai betul puji Sajat hensem eh…

Trending Tue, 16 Oct 2018

Nike签下首位脑麻运动员!他泪崩「能限制你的只有你的思想」

运动品牌Nike近期宣布,签下品牌旗下第一位残障马拉松选手;当事人得知后一度跪地痛哭,他说道「谢谢大家相信,这个世界上没有身障人士做不到的事情。」

Featured Wed, 10 Jan 2024
error: Content is protected !!