Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 5, 2025 @ 5:48pm

Azmir Saifuddin Dilantik Semula Sebagai CEO FINAS, Fokus Kepada Reformasi & Pembangunan Industri Kreatif Negara

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan pelantikan semula Datuk Azmir Saifuddin Mutalib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh dua tahun bermula 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2027.

Dalam kenyataannya, Azmir menzahirkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi, Timbalan Menteri Komunikasi, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Pengerusi FINAS serta Ahli-ahli Perbadanan atas kepercayaan yang diberikan untuk terus memimpin agensi tersebut.

Katanya, penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga kerja FINAS dan rakan industri yang sentiasa berganding bahu dalam memperkukuh sektor kreatif negara.

Menurut Azmir, pelantikan semula ini bukan sekadar amanah tetapi satu tanggungjawab besar untuk memastikan industri kreatif terus berkembang.

“Saya amat menghargai kepercayaan dan sokongan yang diberikan untuk terus menerajui FINAS. Ia bukan tanggungjawab yang mudah, namun saya percaya dengan semangat kerjasama serta komitmen semua pihak, kita mampu membawa industri kreatif Malaysia ke tahap lebih tinggi.

“Fokus penggal baharu ini akan tertumpu kepada reformasi struktur, pemerkasaan dasar, pembangunan bakat dan daya saing global agar FINAS benar-benar berfungsi sebagai agensi peneraju yang dinamik dan progresif,” katanya.

Bagi penggal 2025 hingga 2027, antara fokus utama Azmir termasuk pindaan Akta FINAS 1981 (Akta 244) bagi memperkukuh aspek perundangan dan tadbir urus industri. Penambahbaikan ini bertujuan melindungi kebajikan tenaga produksi, mempermodenkan sistem perlesenan serta menyokong model pekerjaan kreatif kontemporari.

Pelaksanaan Dasar Perfileman Negara (DFN) 2025–2035 turut menjadi agenda penting yang menumpukan kepada enam strategi utama termasuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Industri Kreatif ASEAN, memperkukuh pasaran eksport dan monetisasi IP, membangunkan produser dan showrunner tempatan, menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang film financing dan co-production serta memperkukuh hubungan antara industri dan institusi pendidikan.

Sebanyak RM110 juta juga diperuntukkan di bawah Insentif Galakan Industri Filem bagi menggalakkan penerbit tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti, dengan RM10 juta daripadanya khusus untuk kandungan yang menonjolkan semangat kenegaraan dan jati diri nasional.

Dalam masa sama, Dana Belia Kreatif MADANI akan dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda kreatif yang berilmu, bertanggungjawab dan berjiwa patriotik, termasuk memperkasa bakat di peringkat kampus dan komuniti.

Sepanjang tempoh kepimpinannya sejak 2023, FINAS mencatat pelbagai kejayaan penting termasuk pemulihan semula ekosistem perfileman pasca pandemik dan peningkatan kutipan tiket filem tempatan yang mencapai RM180 juta sehingga Oktober 2025. Filem tempatan juga berjaya mengekalkan prestasi mengatasi filem Hollywood di pasaran Malaysia selama tiga tahun berturut-turut.

Kejayaan Skim Wajib Tayang serta rundingan antara penerbit dan pengendali panggung turut membantu mengukuhkan keyakinan penonton terhadap karya tempatan. Filem Malaysia seperti Abang Adik, Tiger Stripes, Raintown dan Imam juga berjaya menembusi festival antarabangsa, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain sinema yang disegani di peringkat global.

Industri perfileman negara dijangka terus berkembang dengan kestabilan operasi pawagam serta peningkatan pelaburan oleh platform OTT antarabangsa seperti iQiyi, Viu, Astro dan Netflix yang semakin aktif menghasilkan kandungan tempatan. Siri popular seperti Bidaah, One Cent Thief dan Nenek Si Bongkok Tiga menjadi bukti bahawa pasaran kandungan Malaysia kekal relevan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

FINAS turut merancang untuk memperkasa Skim Co-Production Antarabangsa serta memperkenalkan model baharu Film Financing bagi menarik pelaburan serantau dan global. Dalam masa yang sama, Malaysia terus menunjukkan kepimpinan budaya serantau melalui penganjuran ASEAN Film & TV Summit 2025 yang menyaksikan lahirnya Deklarasi Belia Kreatif ASEAN, satu komitmen bersama generasi muda rantau ini terhadap integriti kreatif, keterangkuman budaya dan kepelbagaian naratif sinema Asia Tenggara.

“FINAS kini melangkah dengan wajah baharu yang lebih terbuka dan mesra industri. Melalui pindaan akta serta pelaksanaan Dasar Perfileman Negara, kita mahu memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih cekap, telus dan inklusif.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada pembangunan fasiliti teknologi di Hulu Kelang serta peluasan infrastruktur kandungan di Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh jenama Borneo Content di peringkat antarabangsa. FINAS akan terus memajukan industri filem tempatan agar menjadi sektor yang berdaya tahan, beridentiti pelbagai bangsa dan berperanan besar dalam menyumbang kepada perpaduan serta ekonomi negara,” ujar Azmir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Yura Yunita Terkejut Dapat Kongsi Pentas Dengan Idola

Korang dah dapatkan tiket untuk ke konsert Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena ke esok?

Trending Fri, 6 Aug 2021

“Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

Ya Allah, semoga Siti Sarah Raisuddin & Kandungan diberikan afiyah. Aamiin ♡

Featured Sat, 15 Sep 2018

Tengku Permaisuri Selangor Zahirkan Perasaan Dukacita Insiden Zalimi Haiwan

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mahu dua suspek membunuh kucing mendapat hukuman yang setimpal.

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

‘Saya Tinggalkan Dia Kerana…’- Natasha Hudson Cerai Kali Keempat

Kata Natasha, ini adalah pengalaman perkahwinan yang paling teruk buatnya!

Trending Wed, 20 Jan 2021

Permohonan Tangguh Bayaran Balik PTPTN Mulai 20 Januari Hingga 31 Mac

Mesti ramai yang nak mohon untuk tanggug bayaran balik PTPTN kan?

Trending Mon, 28 Dec 2020

Adira Suhaimi Kembali Dengan Single Terbaru!

Mesti best! Tak sabar nak dengar????

error: Content is protected !!