Euforia Bola 2026
Events By: SGMS Fas March 5, 2018 @ 4:56pm

Anuar Zain impikan ‘Royal Albert Hall, London’

Kehadiran Anuar Zain  di premis Laman Pengantin Zarlith di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur tentunya menimbulkan pelbagai persoalan.

Apakah ‘Lelaki Ini” akan menamatkan zaman bujangnya waima sedang mencari lokasi terbaik untuk sebuah majlis perkahwinan?

Soalan cepu emas kan?

Apa pun peminat penyanyi tersohor ini jangan gelabah ya! Jika ada khabar berita terbaik sudah tentu Anuar Zain akan kongsikan hari bahagia tersebut.

Anuar Zain bersama pihak penganjur pada majlis sidang media petang tadi. Turut hadir Johan (kanan) selaku pengurus  penyanyi Zamani yang tidak dapat hadir.

Apa yang berlaku petang tadi  adalah sidang media pengumuman majlis makan malam amal “Sepetang Bersama Bintang’  – Anuar Zain, Zamani Slam dan penyanyi dari Singapura,  Fauzie Laily ” yang akan berlangsung pada 6 Mei depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru,  anjuran E&F Event Resources.

Nampak gayanya tahun ini  rezeki Anuar Zain melimpah ruah di mana sebelum itu, Anuar akan terlebih dahulu menghiburkan peminatnya pada sebuah konsert berprestij  di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 April bersama Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma.

Tertanya-tanya pula bila agaknya pelantun lagu “Andainya Takdir’ ini  ditakdirkan  membuat persembahan di luar Negara contohnya,  di Royal Albert Hall, London? 

“Wow! Itu memang impian saya tapi realitinya nak mengadakan konsert di luar Negara bukannya mudah. Ia memerlukan contact, duit yang banyak dan sokongan ramai,” jawab Anuar yang tidak menolak sekiranya  ada tawaran  sedemikian.

“Siapa tak nak pergi ke luar Negara. Kalau ada rezeki memang saya berminat dan tidak akan menolak untuk menghiburkan rakyat Malaysia  di sana,” tambah pemilik nama sebenar, Shahrul Anuar Zain ini.

Menurut Anuar, beliau amat mementingkan kualiti pada setiap persembahannya dan apabila melibatkan konsert di luar Negara, sudah tentu kosnya agak tinggi bagi menampung keperluan entourage nya yang bukan sedikit jumlahnya.

Kita doakan semoga impian Anuar Zain untuk ‘bertandang’ ke Royal Albert Hall menjadi kenyataan dalam meniti usianya yang hampir mencapai angka jubli emas dua tahun lagi.

Anuar Zain baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 48 pada 15 Februari lalu.

Selamat Hari Jadi ‘belated’ AZ!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

Shalma Eliana Tiada Niat Tumpang Populariti Kakak

Baru berusia 18 tahun, Shalma Eliana bertuah kerana mendapat peluang menyanyikan lagu ciptaan Malique & Dedeq. Good Luck Yana!

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Ini Sebab Sajat Marah Haters Secara Live!

Sebelum melakukan persembahan bersama penari-penari pilihan Sajat, beliau sempat lagi beramah mesra bersama peminat dan juga haters beliau secara live. Haa, tengok tu! Siap marah dan block haters tau. Jangan main-main!

Drama Sat, 12 Jul 2025
Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Featured Mon, 12 Jan 2026

Balas Komen Netizen Isu ‘Malu’ Ada Kawan Tak Pandai Bergaya, Fazura Tampil Respons – “Saya Tak Segan, Tapi Ada Syarat”

Fazura menegaskan, dia sama sekali tidak berasa segan untuk berkawan atau membantu rakannya yang kurang mahir mengenai penampilan diri.

error: Content is protected !!