Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas July 7, 2019 @ 11:00am

K-Clique Cipta Kelainan Dengan ‘Mimpi’

Apabila memperkatakan lagu bergenre ‘hip hop’ sudah tentu kita akan terbayangkan nama-nama popular seperti Malique, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne atau pun Caprice contohnya.

Lazimnya penyanyi Hip Hop tempatan akan muncul secara sola atau trio, jarang sekali terdengar mereka muncul secara berkumpulan melebihi daripada lima orang anggota,

Kini, kemunculan kumpulan Hip Hop yang menggelarkan diri mereka K-Clique yang dianggotai lapan anak muda berasal daripada Kota Kinabalu pastinya mencipta kelainan dan mampu memenuhi citarasa pendengar Hip Hop tempatan.

Mereka terdiri daripada MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Sungguhpun hanya bergerak secara ‘underground’ dan lebih dikenali di kalangan peminat Hip Hop tempatan namun kumpulan ini masih boleh berbangga apabila barisan lagu mereka seperti ‘Lane Lain Line’, ‘Sah Tu Satu’, ‘Licik’ dan ‘Warna’ berjaya menjana jutaan tontonan di YouTube.

Ini menjadikan K-Clique sebuah kumpulan Hip Hop tempatan yang berpotensi besar untuk melangkah jauh dalam arena muzik arus perdana di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
 
Bagi meneruskan momentum kerjaya seni mereka waima memperkenalkan nama dan muzik mereka kepada peminat muzik arus perdana tempatan, K-Clique kini muncul dengan single terbaru mereka berjudul “Mimpi” dengan penampilan istimewa rapper dan penerbit tersohor Alif.

“Mimpi”, hasil ciptaan Alif bersama sebahagian besar anggota K-Clique sendiri seperti MK, Gnello, Noki, FareedPF, Tuju dan Somean.
 
Terbitan Black Hat Cat Records (BHC), sebuah syarikat rakaman yang ditubuhkan bertujuan memartabatkan genre ‘urban music’ di Malaysia, K-Clique merupakan artis pertama di bawah naungannya.

Dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar, “Mimpi” sudah boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 5 JULAI 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Tahniah! Ziela Jalil Bakal Timang Cucu Pertama

Tahniah, mesti comel bayi itu nanti! Kami doakan agar urusan Datuk Ziela Jalil sekeluarga lancar hendaknya.

Hiburan Tue, 28 Oct 2025
Featured Sat, 27 Sep 2025

Label Individu ‘Selfish’, Syada Amzah Tampil Bersuara – “Kamu Adalah Orang Yang Menelefonku & Aku Menyesal Menjawab Panggilan Itu”

Mengaku trauma, Syada menegaskan, dia sudah tidak mahu terlibat dengan mana-mana masalah rumah tangga rakan-rakannya.

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!活动当天送出了总值超过一万令吉的奖金奖品,让出席的听众朋友个个满载而归。

Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Hiburan Tue, 7 Apr 2026

Hadiah Anniversary Ke-7 Perkahwinan Paling Indah, Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama

Nelydia Senrose menyifatkan kehadiran cahaya mata tersebut sebagai pelengkap genap tujuh tahun perkahwinannya bersama suami, Mohd Hafez

Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Contest Fri, 21 Dec 2018

#xtra好康头 | 送你去看《2019张韶涵「旅程」云顶演唱会》

一起重温青春记忆的美好! #xtra好康头 送你去看《2019张韶涵「旅程」云顶演唱会》

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Akhirnya Isteri Pertama Amar Buka Cerita…

Dedah kisah sebenar di laman instagram…

error: Content is protected !!