Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2025 @ 2:50pm

Label Individu ‘Selfish’, Syada Amzah Tampil Bersuara – “Kamu Adalah Orang Yang Menelefonku & Aku Menyesal Menjawab Panggilan Itu”

Dakwaan tidak berasas yang diberikan pempengaruh, Elcah terhadap penyanyi Syada Amzah masih tidak menemui titik noktah apabila Elcah se]belum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Syada merupakan individu yang menghasut dirinya untuk memfailkan perceraian.

Namun, enggan namanya terus menjadi buah mulut orang ramai, Syada Amzah akhirnya tampil bersuara berhubung isu kontroversi tersebut.

Kata Syada, selama ini dia memilih untuk berdiam diri dan mengunci mulut disebabkan masih mempunyai rasa hormat. Bagaimanapun, namanya seringkali dipetik menjadi punca kepada masalah rumah tangga Elcah.

“Saya memilih untuk berdiam diri apabila masih mempunyai rasa hormat untuk bersuara.

“Tetapi beberapa bulan ini nama saya kerap kali disebut-sebut memandangkan saya pernah untuk membantu menyelesaikan masalah awak,” katanya.

Perkara itu dikongsi Syada menerusi hantaran di Threads miliknya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, adik kepada penyanyi popular, Shila Amzah ini mendedahkan, orang pertama yang meminta bantuannya berhubung isu kontrobersi itu adalah Elcah, namun niat baiknya akhirnya memakan diri sendiri apabila menyifatkan tindakan pempengaru itu sebagai ‘selfish’.

“The truth is, awak adalah orang yang menghubungi saya. Dan sejujurnya saya sangat menyesal kerana mengangkat panggilan itu.

“Melindungi maruah seseorang  tidak memebrikan apa-apa makna apabila mereka hanya memikirkan diri sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syada berkata, banyak hal yang membuatkan dia terluka sepanjang tahun ini, namun masih bersikap positif apabila menganggap apa yang berlaku itu sebagai satu peringatan dan pembelajaran untuk dirinya.

Mengaku trauma, Syada menegaskan, dia sudah tidak mahu terlibat dengan mana-mana masalah rumah tangga rakan-rakannya.

“Saya sudah tidak mahu terlibat dalam apa-apa jua situasi kerana ia menyebabkan saya berasa trauma,” kongsinya.

Sebelum ini, Elcah atau nama sebenarnya, Nuraien Adilla Hasha Akhbar, 29, menerusi kenyataanya kepada media berkata,  hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama bersama Syada mula renggang selepas berlaku insiden membabitkan individu lain.

Menurut Elcah, dia kecewa apabila merasakan Syada seolah-olah tidak memihak kepadanya dalam kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 31 Jul 2018

Jangan Tahan Kentut Ini Sebabnya..

Kentut yang senyap di panggil silent killer dan ada pula yang kentut macam machine gun. Cuma nak tanya ada ke yang suka tahan kentut

Trending Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Tue, 27 Aug 2019

沙巴首部电影《疯夏之箱》曹格父子联手演出

电影《疯夏之箱》如火如荼拍摄中,近日剧组迎来「金曲歌王」曹格与曹爸爸,两人联合出演登上大银幕。据悉,曹格在电影中出演一位关键人物,而曹爸爸亦客串一角,父子两人同台飙戏。

Featured Tue, 20 Dec 2022

Sarah Suhairi Sebak Terkenang Arwah Rudy Imran – “Dia Banyak Tolong Saya, Tak Mampu Nak Balas”

Arwah Rudy Imran banyak naikkan nama Sarah pada awal karier.. Al-fatihah buat Rudy Imran

Featured Tue, 14 Sep 2021

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh. Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. “Saya minta maaf […]

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

Syaikhul Islam Cium Tangan Puteri Sarah, Netizen Komen: “Dia Faham, Tapi Tak Nak Meluahkan”

Tular sebuah video anak sulung pelakon Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam mencium tangan ibunya. @uqaylakidswear Replying to @NZ HOME Anak itu seperti dapat merasakan betapa beratnya ujian ditanggung ibu tersayang..💔 #puterisarahliyana #puterisarah ♬ suara asli […]

Hiburan Sun, 2 Dec 2018

#Mentor7: Tertekan Tugasan Minggu Kelima, Azmirul Mengamuk Belakang Pentas?

Urgh, stress betul nampaknya tugasan minggu ni…

Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Events Fri, 24 Aug 2018

#xtraEksklusif : 15 Tiket Percuma Untuk Anda Menyaksikan Nick Young !

Tetapi, jangan risau! Kami ada berita baik untuk korang yang meminati lelaki berdarah iban-english ini, kenapa? Baca artikel sepenuhnya

error: Content is protected !!