Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 7, 2018 @ 9:47am

‘ Isteri Suka Dengar Lagu Siti Nurhaliza Sepanjang Hamil’, Rody Kristal Teruja Bakal Jadi Daddy Bulan Depan

Gitaris kumpulan Kristal, Rody mengaku sudah tidak sabar menyambut kelahiran anak pertamanya yang dijangka lahir pada 16 Januari depan.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin turut berkongsi pengalaman pelik isterinya, Nur Izwani Azman sepanjang tempoh kehamilannya.

“ Isteri saya tak mengidam nak makan hidangan pelik-pelik tetapi dia banyak buat permintaan nak dengar saya bermain gitar. Tak kira waktu, kadang-kadang tengah malam pun dia mengidam nak dengar petikan gitar.

“ Lebih menarik, isteri suka mendengar petikan gitar lagu-lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tak spesifik tajuk lagu asalkan mesti lagu-lagu penyanyi nombor satu negara itu,” katanya kepada xtra.com.

Rody dan Nur Izwani Azman yang juga pengaja gol futsal kebangsaan berkahwin pada 27 April lalu di Kulai, Johor.

Dalam perkembangan lain, Rody memberitahu Kumpulan Kristal sedang sibuk mempromosikan single terbaru berjudul Cintaku Kristal. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Feb 2019
Featured Thu, 20 Jun 2024

Sah Bercerai Talak Satu, Nora Danish Reda – “Sabar Itu Menenangkan Hati, Reda Itu Membahagiakan Hati”

Sedihnya tengok happy couple ni berpisah. Apapun doakan yang terbaik. Kalau ada jodoh inshaaAllah bersatu kembali😥❤️

Hiburan Sun, 10 Dec 2017

Konsert Amal Damasutra di Hard Rock Cafe

kemunculan Damasutra kali ini adalah menjayakan misi penting bagi mengumpul dana tabung bantuan Rohingya. 

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Taylor Swift Revealed That She Didn’t Have Much Support From Pop “Community” When She First Started

Girls compete with each other, women empower one another. WE STAN! 

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Featured Wed, 30 Apr 2025

“Pergi Bercuti Mana Pun, Tiada Tempat Setenang Madinah” – Khairul Aming

Khairul Aming mengakui tiada tempat yang dikunjungi setenang kota suci, Madinah.

TECH Wed, 24 Oct 2018

Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Kenalpasti liputan rangkaian mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan.

Filem Sun, 5 Apr 2026

Dikritik Kurang Aksi Lumba Motor, Ini Respons Pengarah Malaikat Malam

Pengarah Nazifdin Nasrudin tampil menjawab kritikan yang mendakwa Malaikat Malam kurang memaparkan elemen perlumbaan motosikal walaupun mengangkat watak ‘mat motor’.

error: Content is protected !!