Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 9, 2025 @ 11:38am

Rakan Baik Amira Othman Kongsi Momen Sempena Sambutan ‘Bachelorette Party’- “Lama Simpan Rahsia Ni”

Selepas pengumuman istimewa dibuat kepada peminat mengenai tarikh hari bahagia yang bakal berlangsung tidak lama lagi, rakan baik kepada penyanyi, Amira Othman akhirnya berkongsi sepotong video pendek sempena sambutan pesta bujang (Bachelorette Party) yang diadakan bagi meraikan selebriti itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, teman baik Amira yang dikenali sebagai @nellysa.ainaa itu berkongsi video memperlihatkan Amira memakai busana serba putih manakala, rakan-rakannya memakai pakaian berona biru sebagai tema sambutan pesta bujang tersebut.

Kata Ainaa, dia sudah lama menyimpan video dan foto tersebut sebagai menghormati permintaan Amira yang mahu perkara itu dirahsiakan terlebih dahulu sehingga pengumuman rasmi dibuat.

“Lama simpan rahsia ni, akhirnya boleh post.

“Hanya kami gadis yang bersatu semula dengan makanan yang enak, jiwa yang baik, perbualan yang terbaik, dan semua kebahagiaan semasa kami meraikan gadis terakhir kami.

“Bukankah dia yang paling cantik?  Kepada jiwa yang seindah milik awak, saya sangat gembira untuk awak, kita semua. Awak adalah bukti nyata bahawa sabar itu manis, dan Allah sentiasa memberi ganjaran kepada hati yang sabar dengan anugerah terindah.

“Saya telah melihat anda pada tahap terendah dan sekarang saya tidak sabar untuk melihat awak pada tahap paling gembira. Awak benar-benar layak mendapat yang terbaik.

“Semoga mahligai ini sentiasa dipenuhi mawaddah, rahmah dan keberkatan dan sentiasa di dalam lindungan-Nya. Alhamdulillah congratulations Ya & Fattah!,” kongsinya.

Manakala dalam hantaran berlainan pula, seorang lagi rakan baik Amira yang dikenali sebagai @nabilalatiff turut berkongsi beberapa foto memperlihatkan momen-momen manis mereka ketika sambutan tersebut diadakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila (@nabilalatiff)

Terdahulu, Fattah ketika hadir membuat kejutan pada pelancaran single Rasa & Takdir nyanyian Amira Othman dan Irfan Haris memaklumkan, majlis ijab kabul mereka bakal berlangsung, Ahad ini sekali gus menjawab segala persoalan mengenai gosip berkenaan status hubungan mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 18 Nov 2019
LIFESTYLE Wed, 7 Mar 2018

Kalau Anak Degil, Adakah Rotan Habuannya?

Anak suka memberontak? Tak mahu dengar kata? Memang buntu dibuatnya… Semua masalah ada penyelesaiannya, jom amalkan 5 C ini!

Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“Bila Ada Rasa Dengki, Itu Bukan Kawan” – Aznil Akui Hilang Kepercayaan Pada Sahabat, Pengalaman Lama Masih Berbekas

Aznil berkata pengalaman tersebut memberi kesan mendalam sehingga membuatkan dia lebih berhati-hati dalam menerima kehadiran seseorang sebagai teman baik.

Featured Wed, 12 Mar 2025

Ridzokumura Kongsi Sky Mimpi Arwah Ibu, Hantar Pesanan Mahu Pergi Selama-Lamanya – “Sedih Dengar Dia Cerita Tadi”

Ridzokumura mencuri perhatian selepas berkongsi keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura.

Featured Thu, 13 Oct 2022

Isu Habib Lempar Duit Pada Jemaah, Umie Aida Bagi Penjelasan

Haa sebab apa Habib tu lempar duit eh?

Events Tue, 27 Aug 2019

Resorts World Genting Sets Fireworks in the Sky in Celebration of Merdeka

Stunning music-synchronized fireworks display at Resorts World Genting to mark Independence Day.

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Paduan Suara Hael Husaini, Syafinaz Selamat Nampak ‘Mahal’

Persembahan Hael Husaini meraikan kepelbagaian dengan menampilkan wanita pelbagai saiz dan rupa melalui lagu Hajat berjaya menambat hati penonton. Malah lebih meyakinkan dengan penampilan istimewa Datuk Syafinaz Selamat mengiringi latar vokal soprano menjadikan lagu Hajat […]

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

Emperor Jewellery’s Launch Saw Some of the Hottest Hong Kong Stars

The shop is now open in Pavilion, Kuala Lumpur!

error: Content is protected !!