Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 12, 2025 @ 2:13pm

Ridzokumura Kongsi Sky Mimpi Arwah Ibu, Hantar Pesanan Mahu Pergi Selama-Lamanya – “Sedih Dengar Dia Cerita Tadi”

Pempengaruh yang juga usahawan, Ridzokumura mencuri perhatian selepas berkongsi keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura.

Kata Ridzokumura atau nama penuhnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib, anaknya itu bermimpi arwah ibunya menghantar pesanan mengatakan dia akan pergi selama-lamanya.

“Tadi dia nangis dalam kereta masa datang sini pun dia nangis. Sebelum dia nangis, saya nangis. Kami berdua konsepnya kau nangis, aku nangis… Macam tu lah dik baru lagi kan. Insyaa-Allah.

“Dia kata semalam dia mimpi maknya (arwah). Mak dia hantar mesej kata dia nak pergi selama-lamanya. Sedihlah kalau dengar tadi dia cerita dekat abang,” katanya.

Perkara itu dikongsi Ridzokumura menerusi hantaran terkini di platform TikTok miliknya.

@ridz_okumura Hari ni lepas berbuka datang rumah kakak sepupu sky @zarina zainuddin ♬ original sound – Ridzokumura

Dalam hantaran sama, Ridzokumura turut berkongsi gelagat Sky bersama anak saudaranya yang juga pelakon, Zarina Zainuddin yang sedang menikmati coklat pemberian rakannya.

Menurutnya, dia dan anaknya datang ke kediaman Zarina sebaik sahaja selesai berbuka puasa.

“Hari ini lepas berbuka datang rumah kaka sepupu Sky, Zarina Zainuddin,” kongsinya.

Sekadar info, pada 28 Februari lalu, Ridzokumura mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan berita kematian isterinya, Akiko Okumura.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak polis masih menyiasat punca sebenar kematian Akiko yang dilaporkan terjatuh dari kediamannya di tingkat empat kondominium mewah yang terletak di Subang Jaya, Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 May 2019

Farid Kamil Dipenjara Sembilan Bulan

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari selepas didapati bersalah mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas […]

Featured Tue, 31 Dec 2024

“Kalau Rezeki Dapat Anak Selepas Umur 30 Tahun Pun Saya Terima” – Hannah Delisha

“Saya juga sudah tahu dengan keadaan tubuh badan saya sekarang…” – Hannah Delisha

Cahaya Mata Fri, 12 May 2023
Featured Sat, 27 Sep 2025
Cahaya Mata Tue, 22 Mar 2022

“Susahnya Nak Dapat Awak Ni..” – Elizad Shariffudin Jalani Rawatan IVF Kali Kedua

Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya serta buat wanita yang turut mencuba untuk hamil didoakan agar terus kuat semangat!❤️🌹😘

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

[VIDEO] “Kalau Tak Buat Sesuatu, Tak Ada Siapa Notice Dia”  – Alyah Puji Aina Abdul Penyanyi Berani!

Queen puji queen! 🫶🏻 Min setuju, Aina memang berani dengan fesyennya yang sangat mega!

Trending Tue, 1 Dec 2020
error: Content is protected !!