Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 17, 2025 @ 3:30pm

[VIDEO] Adzrin Adzhar Dakwa Ada Bukti ‘Ditindas’, Luahan Di IG Cetus Tanda Tanya – “Nak Pakai Peguam Sebab Berduit & Dikenali… Seronok Menipu”

Penyanyi dan guru vokal, Adzrin Azhar mencuri tumpuan selepas meluahkan rasa kurang senang di Instagram (IG) miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Adzrin mendakwa individu yang berduit mudah untuk menindas orang lain sehingga menutup peluang untuk meraih rezeki.

“Sebenarnya seronok jadi orang berduit ni. Bila berduit, jahat.. kau menindas orang, kau tutup periuk nasi orang. Kau nak pakai peguam untuk lawan sebab kau ada duit dan nama,” katanya.

Dalam masa sama, Adzrin atau nama penuhnya, Noradzrin Adzhar, 40, menyifatkan individu yang ditindas seperti sampah.

“Lepas tu kau boleh menipu kata tak tahu apa-apa.

“Apa jadi orang yang ditindas tak ada duit, tak ada nama.. Jadi apa? Sampah,” luahnya kesal.

Dalam pada itu, Adzrin turut memuat naik perbualan WhatsApp di ruangan Instagram Story yang didakwa sebagai bukti.

Sebelum ini, Adzrin mendakwa dirinya dihina oleh seorang pelakon senior tanah air.

Difahamkan, isu tersebut muncul apabila terdapat perselisihan fahaman berlaku dalam satu sesi perbincangan bersama beberapa tenaga pengajar dan pihak terbabit.

Adzrin mendakwa pelakon senior itu telah menggesa pihak produksi untuk menggugurkan namanya daripada program seni yang akan dilancarkan, selain turut mempertikaikan kemampuannya sebagai tenaga pengajar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

「体力和精神透支」刘家昌大马演唱会宣布取消

主办方对于在短期内再办一场演唱会将对年岁甚高的刘家昌老师会有不确定的安全顾虑,经慎重考量后决定取消马来西亚场演唱会。

Trending Mon, 29 Oct 2018

600 Kakitangan Terima Hadiah Berupa Kereta Pemberian Bos Pemurah Sempena Deepavali

Savji sememangnya terkenal dengan sifat pemurah dan gemar memberi hadiah mahal kepada pekerjanya.

Hiburan Fri, 30 May 2025

[VIDEO] Pilih Erra Fazira Jadi Duta, Netizen Puji Beg Tangan Aliff Syukri Nampak Mahal

Erra Fazira jadi duta beg tangan SAMMA Aliff Syukri dipuji nampak mahal

Hiburan Sun, 3 Jun 2018

自嘲猛吃肉骨茶发胖 A-Lin实际行动回馈歌迷

睽违大马两年的天生歌姬 A-Lin重回大马舞台,拿起歌迷手机自录唱歌影片, 向粉丝讨教国语, 又与幸运歌迷对唱,最后还来个双「安可」让大马粉丝大喊:赚到了!

Events Sun, 24 Mar 2019

「像男孩的女孩」Alycia短发越剪越短性取向遭怀疑?

「像男孩的女孩」Alycia短发越剪越短,性取向曾一度遭人怀疑,让她大喊“我是喜欢男生的啦!”

FESYEN Tue, 20 Aug 2019
#SkoolXTRA Tue, 27 Feb 2024
error: Content is protected !!