Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops March 4, 2020 @ 6:00pm

Jenama fesyen Gucci, Prada, Ralph Lauren & Giorgio Armani batal pertunjukan fesyen gara-gara COVID-19

Penularan wabak virus COVID-19 sangat membimbangkan dan statistik terkini di seluruh dunia yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) menunjukkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 92,844 melibatkan 75 negara dengan 3,171 kematian dicatatkan setakat jam 8.00 pagi, 4 Mac.

Sehubungan itu, banyak acara terpaksa dibatal atau ditangguhkan, antaranya persidangan tahunan yang melibatkan organisasi besar seperti Adobe, Facebook dan Google. Acara tahunan Mobile World Congress di Barcelona juga dibatalkan apabila syarikat-syarikat seperti LG, Sony, Amazon dan ramai lagi menarik diri daripada acara itu.

Selain itu, siri jelajah promosi filem terbaharu James Bond No Time To Die serta penggambaran filem Mission: Impossible 7 turut ditangguhkan ekoran daripada penyebaran wabak COVID-19.

Industri fesyen dunia juga menerima tempias apabila banyak pertunjukan fesyen ditangguhkan serta dibatalkan.

Terbaru, jenama fesyen mewah antarabangsa Ralph Lauren membatalkan pertunjukan fesyennya yang dijadual berlangsung di New York, April ini.

pertunjukan fesyen ralph lauren dibatalkan

Kredit gambar: Ralph Lauren

Menurut jurucakap syarikat itu, tindakan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga serta satu inisiatif bagi mencegah penyebaran virus itu.

“Kami mengambil keputusan membatalkan pertunjukan musim luruh 2020 sebagai langkah berjaga-jaga serta bagi menghormati pekerja kami, rakan kongsi dan pengguna jenama ini.

“Keutamaan kami ialah keselamatan dan kesihatan mereka,” kata jurucakap itu lagi seperti dilaporkan portal berita WWD, pada Selasa.

Terdahulu, WWD melaporkan Lauren tidak menyertai Minggu Fesyen New York pada Februari dan memutuskan untuk mengadakan pertunjukan berasingan pada penghujung April.

Selain itu, jenama terkenal Gucci juga memutuskan untuk membatalkan Minggu Fesyen 2021 yang dijadualkan berlangsung di San Francisco pada 18 Mei depan. Jenama Prada turut membatalkan pertunjukannya di Tokyo pada 21 Mei.

pertunjukan fesyen Gucci dibatalkan

Kredit gambar: Gucci

Jenama antarabangsa lain yang turut membatalkan pertunjukan fesyen mereka ialah Giorgio Armani, Mido dan Salone del Mobile di Mila, Cosmoprof Cosmoprof di Bologna, Watches & Wonders di Geneva dan Baselworld.

Bagaimanapun, jenama seperti Chanel, Dior dan Max Mara masih meneruskan acara fesyen masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Jul 2019

Baskin Robbins’ heated ice cream ad campaign

Baskin Robbins is accused of sexualizing a minor. Uh-oh!

Trending Tue, 14 Jul 2020
Trending Tue, 24 Dec 2019

RM100,000 Could Be Fined If Caught Hawking Along The Traffic Lights, But This Shows How Bad Our Economy Is

If the root problem isn’t solved, treating its shoots won’t do the job.

Featured Tue, 22 Nov 2022

Bergaduh Dengan Adik, Sajat Menangis Ketika Live TikTok – “Abang Mengalah Lah Dengan Adik”

Tular sebuah hantaran di laman TikTok yang memaparkan usahawan kontroversi Nur Sajat menangis kerana mengalami salah faham dengan adik kangdungnya yang dikenali sebagai Mustika. @irahhashim Sajat gaduh dengan adik dia #sajat #mustika ♬ original sound […]

Trending Tue, 9 Nov 2021

Vaksin Ni Untuk Apa? Jom Tengok Apa Penyakit Cegahan Vaksin Yang Boleh Kita Elakkan!

Vaksin sememangnya sudah terbukti berkesan bukan sahaja untuk satu penyakit tapi lebih dari 10 penyakit berjangkit di dunia. Penyakit yang dikatakan tu bukan di negara luar tau, tapi semuanya ada di Malaysia. Ha, jangan ingat […]

Trending Fri, 24 Jan 2025

“Tak Payah Cari Publisiti Murahan Guna Anak Orang, Busuk!” – Rita Rudaini

ibu tunggal anak dua itu menegaskan dia tidak akan lupa perbuatan individu tersebut terhadapnya.

error: Content is protected !!