Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 26, 2022 @ 3:32pm

[VIDEO] Tidak Berdendam & Hanya Pertahan Hak, Adam Shahz Tampil Jawab Dakwaan – “Bukan 5 Tahun Baru Nak Balas”

Isu rumah tangga pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa masih menjadi bualan hangat apabila mereka saling berbalas kenyataan untuk mempertahankan diri.

Terbaru, Adam Shahz dikecam warganet apabila memuat naik sebuah video di mana anaknya, Ivy mendedahkan kelakuan Fatin.

Artikel Berkaitan: Anak Kantoikan Fatin Afeefa Tidur Dengan Boyfriend? Rakam Perbualan Dengan Anak, Adam Shahz Dikecam Netizen

Tidak cepat melatah, Adam Shahz tampil menceritakan hal sebenar tentang situasi yang berlaku.

“Ada benda yang mengganggu pembesaran anak-anak saya, macam-macam benda dia mengadu dekat saya. Kalau netizen tengok sebelum ini saya ada muat naik satu video yang anak saya buat pengakuan, sebenarnya video itu anak saya mengaku sebelum itu lagi.

“Saya tak ada niat pun nak rakam. Kali terakhir saya keluar dengan dia (anak) ‘daddy kena rakam, lepas ni mungkin Ivy dah tak boleh jumpa daddy’. Sebenarnya banyak benda yang anak saya bagitahu, saya tak tanya pun. Tapi dalam video tu saya tanya sebab saya nak kepastian,” jelasnya kepada mStar.

Memetik laporan mStar, Adam menyatakan bahawa dia tidak berdendam dengan Fatin Afeefa tapi hanya mahu mempertahankan haknya.

“Ini bukan isu balas dendam, bukan 5 tahun baru aku nak balas patutnya awal-awal dulu lagi senang sebab benda tengah panas. Tapi, sekarang ini aku tak rasa nak balas dendam. Pihak sebelah sana (fatin) jangan menyusahkan, menyukarkan aku nak jumpa anak-anak.

“Kalau Hari Raya pun kalau hanya satu hari je kau bagi dekat aku, itu dah too much. Anak tu dia ada family belah sini (Adam) lagi. Apa yang aku buat sekarang ni lebih kepada mempertahankan hak aku diri aku,” kata Adam.

Bukan itu sahaja, Adam mengakui ada menghubungi bekas ibu mertua bagi mendapat kesahihan mengenai apa yang diceritakan oleh anaknya.

“Pasal anak bercerita dengan aku, itu bukan aku siasat. Sebenarnya, aku pernah tanya dengan anak, Mama (ibu Fatin) tahu tak benda ini? Anak jawab Mama tahu. Mama kata jangan bagitahu rahsia keluarga dekat orang.

“Aku telefon mak mertua aku, end up mak (ibu fatin) cakap mereka sebenarnya dah kahwin bulan 8 atau 9 macam tu tapi belum buat majlis, mereka kahwin senyap-senyap.

“Tiba-tiba dapat tahu baru bertunang… kahwin celah mana kau ni? Aku baru tahu dan kebetulan pulak dia memang ada minta sijil cerai aku. Bila kau nak kahwin baru, kau perlukan sijil cerai dan kau minta dekat aku jadi maknanya kau belum kahwin. Aku tak tahu sekarang ini siapa yang menipu… mak kau ke kau ke,” kongsinya lagi.

Artikel Berkaitan: Adam Shahz Dakwa Fatin Afeefa Sudah Bernikah? – “Saya Tak Peduli, Janji…”

Artikel Berkaitan: Didakwa Tak Hiraukan Anak, Adam Shahz Dedah Kena ‘Block’ Dengan Keluarga Bekas Isteri! – “Tak Bagi Call Pastu Acah Victim”

Ditanya mengenai dakwaan tidak memberi nafkah, Adam menjelaskan bahawa dia telah menyempurnakan tugasnya sebagai seorang ayah walaupun dia tak mampu untuk menyempurnakan tugas sebagai suami kepada Fatin dahulu.

“Aku dah bawa keluar statement bank dan siap tanda di mana yang kau kata aku bagi setahun ja. Aku rasa mungkin aku tak sesempurna orang lain untuk menyempurnakan tanggungjawab aku sebagai suami dulu tapi aku menyempurnakan juga tugasan aku sebagai seorang ayah,” luahnya.

Dalam pada itu, Adam menegaskan bahawa mana-mana individu yang meninggalkan komen atau kenyataan yang berunsur fitnah dia tidak akan teragak untuk mengambil tindakan.

Sumber: mStar, youtube mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 May 2019

相隔14年再开个唱!大马为刘德华东南亚巡演首站

刘德华「My Love」巡唱9月直卷东南亚!相隔14年再开个唱,马来西亚列巡演首站。

Hiburan Thu, 14 Aug 2025
Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Trending Mon, 25 Feb 2019

Isu sekumpulan babi dibakar secara kejam di Thailand! Siapa yang harus dipersalahkan?

Video rakaman yang berdurasi selama 3 minit  ini menunjukkan sekumpulan haiwan ini  dirodok dengan kejam oleh sebuah jentolak. 

Fab Foodies! Sat, 18 May 2019

You Can Now Use Your Touch ‘n Go eWallet to Pay at KFC

TNG Digital Sdn Bhd announced a strategic partnership with the country’s biggest quick service restaurant chain, KFC Malaysia. Customers can now make QR-payments across all KFC restaurants nationwide using Touch ‘n Go eWallet. Syahrunizam Samsudin, […]

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Syura Hidap Penyakit Misteri, Punca Badan Semakin Susut?

Penyanyi ini memberitahu, berat badan beliau semakin susut akibat penurunan berat badan beliau daripada 60kg sehinggalah ke 49kg kerana? Nak tahu, korang kenalah baca artikel ni okay!

Featured Wed, 4 Jan 2023
Trending Thu, 14 Jun 2018
Featured Wed, 1 Feb 2023

Muat Naik Foto Bersama Isteri, Hafidz Roshdi Buktikan Tiada Masalah Rumah Tangga?

Ish ish siapa lah yang buat cerita tu? Happy je suami isteri ni

error: Content is protected !!