Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 27, 2019 @ 4:40pm

Khai Memang Lelaki Budiman- Siti Nordiana

Sentiasa digandingkan dengan Khai Bahar, penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana mengakui mereka amat serasi bekerjasama.

Namun demikan, selepas single dan drama ‘Satukan Rasa’ nyanyian dan lakonan terbaharu gandingan Nana dan Khai, Nana memaklumkan mereka belum ada apa-apa perancangan untuk projek baharu. 

“Setakat ini memang belum ada perancangan lain yang memerlukan kami bekerjasama.  Jika ada permintaan untuk saya berduet atau berlakon dengannya lagi, saya tiada masalah untuk menjayakannya.

“Cuma selepas ini kami difahamkan akan sama-sama terbabit dengan penggambaran telefilem, Satukan Rasa edisi raya,” kata Nana kepada BH Online.

Pelantun lagu ‘Hatiku Milikmu’ ini berkata selagi peminat ingin melihat mereka berduet atau bergandingan lagi, dia sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Khai walaupun pada mulanya Nana bimbang kalau ada yang jelak dengan gandingan mereka. 

Khai dan Nana sering digosipkan bersama tetapi mereka sering menafikan mereka lebih daripada kawan rapat.

Baca: Siti Nordiana – Khai Bahar Bakal Bersatu Tahun Depan?

Baca: Nana Kesian Dengan Khai Bahar?

“Dia ‘sweet’ bukan dengan saya sahaja, malah bersama orang lain juga. Dia pula memang lelaki yang budiman,” kata Nana lagi. 

Tapi…lain macam je sikap ‘sweet’ Khai pada Nana ni. Macam ada apa-apa je?

 

 
 
 
View this post on Instagram

pnah x dpat bunga mcm ni? apa perasaan kalau lelaki bgi bunga mcm ni? nk malu ke nak ape, #satukanrasa

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on

 Kredit Foto: Instagram @sitinordiana & @khaibahar94

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Jun 2025
Featured Wed, 22 Apr 2026

Tiwikarma Diramal Jadi Juara AJL40, Lirik ‘Deep’ Simbolik Solidariti Buat Rakyat Palestin

Menurut Mya Nana, lirik mendalam ini adalah idea daripada Achoi dimana ia menceritakan tentang solidariti terhadap penduduk di bumi Gaza.

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Featured Tue, 3 Dec 2024

“Jangan Ada Yang Hidung Tinggi, Ramai Penyanyi Baru Sudah Mula Lupa Diri” – Jadi Juri CSOIAM, Ziana Zain Mahu Kongsi Pengalaman

Demikian respons Ziana Zain apabila diberikan tugas menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap OIAM.

Hiburan Wed, 29 May 2024
Hiburan Wed, 29 Nov 2023

Tampil Pertahankan Isteri Kedua, Alif Teega Perjelas Fatin Umaidah Tak Ada Akaun Media Sosial

Tak pasal pasal ramai betul yang ambil kesempatan buat fake akaun Fatin Umaidah ek

Hiburan Tue, 11 Mar 2025
error: Content is protected !!