Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 29, 2024 @ 4:57pm

Kesal Persenda Gaun Aishwarya Rai Hingga Dilabel Rasis, Chef Wan Akui Tak Lena Tidur… Dapat Pengajaran Setimpal! – “Adakah Saya Seb*d*h Itu?”

Cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan mendedahkan dirinya tidak boleh tidur selepas memikirkan tindakannya yang meninggalkan komen dipercayai mempersendakan gaun digayakan oleh bintang Bollywood, Aishwarya Rai.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Chef Wan mempersoalkan bagaimana tindakannya itu boleh mencetuskan isu perkauman sehingga dia dilabel seorang rasis.

“Saya tak dapat tidur lena malam tadi memikirkan ‘isu Kavadi’ kerana saya terus berfikir di manakah silap saya dengan mengaitkan perayaan yang berwarna-warna dan indah itu dengan bahan yang digunakan yang berwarna-warni dan bersinar.

“Ya Allah bagaimana ini berlaku saya bertanya kepada diri sendiri. Fikiran saya terus berfikir sepanjang malam.

“Satu jenaka yang mungkin untuk membuat kita semua ketawa dan sebaliknya menjadi masam oleh sesetengah orang.

“Saya bertanya kepada diri saya berulang kali bagaimana saya dilabelkan sekarang sebagai rasis dan menyebabkan ketegangan kaum?

“Adakah saya sebodoh itu untuk berbuat demikian tanpa menyedarinya? atau saya terlalu cuai sehingga menyebabkan kekacauan ini kepada bangsa saya?,” soalnya.

Chef Wan

Chef Wan mengakui tindakannya itu telah memberi impak dan pengajaran terbesar buat dirinya untuk lebih berhati-hati dalam memberikan komen terutamanya melibatkan agama dan budaya.

“Pada zaman media sosial ini saya menyedari risiko yang perlu diambil apabila membuat sebarang komen, dengan mudah ia boleh disalah ertikan atas sebab yang salah meskipun seseorang itu tak bermaksud apa yang dikatakan itu.

“Jadi, saya telah belajar satu pengajaran yang baik daripada kes ini bahawa lain kali apa-apa yang berkaitan dengan agama atau budaya saya lebih baik tidak mengulasnya,” katanya.

Katanya lagi, dia seorang yang amat menghormati budaya dan agama lain, malah kehidupannya dikelilingi oleh rakan-rakan yang merentasi semua budaya di dunia.

“Seseorang seperti saya sentiasa cuba menggalakkan keharmonian kaum, keamanan, kasih sayang, toleransi dan rasa hormat antara satu sama lain merentasi semua budaya dan agama.

“Malah sepanjang kehidupan seharian saya, saya telah dikelilingi oleh begitu ramai kawan-kawan yang cantik merentasi semua budaya di dunia,” ujarnya.

Chef Wan

Sementara itu, Chef Wan turut berkata dia akan tampil memberi kenyataan di Balai Polis usai pulang dari bercuti di luar negara.

“Memandangkan laporan polis telah dibuat terhadap saya kerana bersikap perkauman dan mempermainkan agama Hindu, saya telah dihubungi oleh pegawai polis di mana laporan itu dibuat untuk memberi maklum balas kepada mereka sebaik sahaja saya pulang dari percutian ini.

“Tak perlu risau ia hanya formaliti untuk saya berbuat demikian dan menjelaskan diri saya kepada balai,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Sebelum ini, Chef Wan menyifatkan gaun yang dipakai pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai ketika berada di Karpet Merah Festival Filem Cannes seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves.

Artikel Berkaitan: Didakwa Bersikap Perkauman, Chef Wan Tampil Mohon Maaf – “Saya Hormat Semua Budaya & Agama Di Seluruh Dunia”

Artikel Berkaitan: Polis Siasat Chef Wan Gara-Gara Kaitkan Gaun Aishwarya Rai Di Karpet Merah Festival Filem Cannes Dengan Perayaan Thaipusam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

Giliran anak Shaheizy Sam pula…

followers di Instagram dah hampir 400,000. Power betul ‘penangan’ anak aktor Shaheizy Sam ni!

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Aqeef Anaqi Ikut Ibu Bapa Menunaikan Umrah!

Wahhh..murahnya rezeki si cilik ini!

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Sun, 17 Oct 2021

Didakwa Memiliki Tatu Dibahagian Dada, Baby Shima Dikecam Netizen

Pernah dikaitkan dengan isu berpakaian seksi, kini penyanyi Baby Shima sekali lagi mengundang kecaman netizen kerana didakwa bertatu. Ia adalah selepas bintang kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di negara seberang itu memuat naik videonya […]

Trending Thu, 28 Mar 2019

Fakta Menarik Tentang LIMA 19!

Ini apa yang korang perlu tahu tentang LIMA 19 di Langkawi

Kisah Viral Mon, 27 Jan 2025
error: Content is protected !!