Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin May 28, 2024 @ 4:59pm

Polis Siasat Chef Wan Gara-Gara Kaitkan Gaun Aishwarya Rai Di Karpet Merah Festival Filem Cannes Dengan Perayaan Thaipusam

Polis mengesahkan Chef selebriti terkenal, Chef Wan sedang disiasat di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan bintang popular Bollywood, Aishwarya Rai.

Menerusi komen yang ditinggalkan, Chef Wan atau nama penuhnya, Datuk Redzuawan Ismail, 66, menyifatkan gaun yang dipakai bekas Miss World 1994 itu seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves.

Justeru, dek kerana komen yang ditinggalkan chef selebriti itu diklasifikasikan sebagai berbentuk perkauman, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya kini telah menerima laporan berkenaan isu tersebut.

Malah, dia juga mengingatkan agar mana-mana pihak tidak menyentuh isu 3R iaitu, Agama, kaum dan raja. (Royal, Religion, Race).

“Kes ini diserahkan kepada USJT kerana melibatkan 3R,” katanya kepada pemberita.

Sekadar info,  Chef Wan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen selepas dia meninggalkan komen bersifat perkauman pada video Aishwarya Rai di Festival Filem Cannes yang dimuat naik menerusi Instagram Namaste Bollywood.

 

Sumber: Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Aug 2021

Pandelela Cemas Kepala Hampir Terkena Platform, Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

Walaupun tewas dalam misi untuk memburu pingat buat negara, ratu terjun negara Pandelela Rinong tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menamatkan saringan di final acara 10 meter Platform Wanita di kedudukan ke-12 di Sukan […]

Hiburan Tue, 10 Jun 2025
Featured Fri, 19 May 2023
Hiburan Tue, 19 Mar 2019

‘Tarik Diri Bukan Gimik Murah’- Neelofa Mahu Beri Peluang Kepada Selebriti Lain

AME 2019 bakal disiarkan pada 21 April ini bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Hiburan Mon, 19 Feb 2018

RAHSIA CHE TA TAK BOLEH GEMUK

Che Ta memberitahu, dia sekarang sedang fokus untuk mengembalikan berat badan yang ideal seperti dahulu bahkan  tiada perancangan untuk hamil buat sementara waktu.

Events Thu, 21 Feb 2019

Spotify Gets You Ready for BLACKPINK’s World Domination

Aren’t you excited for the upcoming weekend?

error: Content is protected !!