Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 9, 2025 @ 6:20pm

[VIDEO] “Tak Mustahil Saya Yang Curang Nanti” – Janna Nick Reda Jika Rumah Tangga Diuji

Pelakon, pengacara dan penyanyi versatil, Janna Nick tampil berkongsi pandangan peribadinya berhubung isu poligami yang kembali menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi temu bual eksklusif bersama program Nona, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, meluahkan dia tidak mahu terlalu meletakkan harapan tinggi terhadap ikatan perkahwinannya bersama pelakon Dini Schatzmann, memandangkan hati manusia sifatnya mudah berubah.

“Saya hanya mampu berdoa tetapi kita tak boleh jangka… hati manusia ni Allah yang pegang. Kalau hari ini dia sayang saya sepenuh hati, mungkin esok rasa tu boleh hilang.

“Orang selalu cakap suami yang curang, tapi siapa tahu kalau suatu hari nanti saya pula yang diuji? Kita tak boleh letakkan kesalahan atau ujian rumah tangga itu hanya pada satu jantina,” katanya.

Namun begitu, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggap Janna seolah-olah bersikap terlalu terbuka dan negatif terhadap masa depan perkahwinannya.

Ada yang menasihati Janna supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, bimbang jika kata-katanya itu bakal ‘makan diri’ suatu hari nanti.

Dalam temu bual sama, Janna turut meluahkan rasa syukur kerana sehingga kini rumah tangganya bersama Dini masih bebas daripada sebarang gangguan pihak ketiga.

“Cubalah mesej… saya tak nak cakap besar, tapi saya sendiri yang akan balas.

“Tapi Alhamdulillah, setakat ini memang tak ada wanita yang cuba ganggu suami saya. Mungkin Dini bukan ‘taste’ ramai orang,” selorohnya bersahaja.

@heyluvmichelle

hati

♬ original sound – heyluvmichelle – heyluvmichelle

Kredit: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 6 Jul 2019

Terkena Bom Ikan Di Semporna, 2 Maut

Dua Pelancong Dan Penyelam Skuba Maut Disyaki Terkena Bom Ikan Di Semporna

Trending Mon, 22 Oct 2018

Tempoh Reman Suspek Langgar Lari Disambung

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.

Trending Thu, 12 Apr 2018

Nak Tau Bagaimana Rupa Pemilik Suara Seksi Dalam Iklan Yusuf Taiyoob? Tengok Video Ini

Suara lelaki dan perempuan dalam iklan itu menggoda sungguh, padahal ianya untuk iklan kurma!

Featured Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Raysha Rizrose Selamba Tayang Bentuk Buah Dada

Alahai, teruknya netizen sekarang kan?

Featured Fri, 21 Jul 2023
FESYEN Wed, 20 Feb 2019

Fashion Industry Bids Farewell to the Late Legendary Karl Lagerfeld

May the 21st Century fashion icon rest in peace.

Trending Wed, 9 Dec 2020
error: Content is protected !!