Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 16, 2023 @ 2:38pm

Aliff Syukri Mengamuk, Dakwa Yana Samsudin Pecahkan Pasu Berharga RM400,000? -“Lepastu Kurang Ajar Mengaku Tak Bersalah!”

Usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa pasu hiasan mewah miliknya berharga RM400,000 dipecahkan oleh pelakon Yana Samsudin.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Aliff memarahi Yana dan suami, Fadzil Zahari serta meminta pasangan suami isteri itu membayar semula harga pasu berkenaan.

Dalam masa yang sama, aktres filem Wawa Semput itu menenangkan suaminya yang sedang marah.

“Kau mampu bayar atau tak? Saya terpaksa post video ini sebagai bukti!

“Dan saya ada simpan semua video sebab rumah saya ada CCTV. Kepada Yana Samsuddin dan Fadzil Zahari , sampai hari ini awak berdua masih tak bayar ganti rugi barang saya yang awak pecahkan! Mana duit ganti rugi saya!

“Penerbit Alif Farhan sebagai saksi kejadian ini! Saya bagi masa 48 jam untuk anda response! Kalau tidak, awak berdua tunggu surat peguam saya!

“Bila datang buat photoshoot di rumah orang tolonglah jaga harta benda di rumah saya ni, bukannya barang kat rumah saya ni murah macam pasar malam. Tolong respect!

“Jenis dah pecahkan barang orang lepastu senyap saja, lepastu kurang ajar mengaku tak bersalah. Nak saya posting video lagi? Jangan sampai aib awak satu family,” katanya.

Difahamkan, Yana dan Fadzil berada di kediaman usahawan kontroversi itu untuk menjalani penggambaran sebuah program terbitan Alif Farhan.

Menurut Alif Farhan selaku penerbit pula, kejadian berlaku di rumah usahawan itu dua minggu lalu.

Kata Alif Farhan, Yana selaku hos tidak sengaja terlanggar pasu hiasan di ruang tamu rumah berkenaan.

Malah, pasu berharga ratusan ribu ringgit itu dipercayai dibeli melalui jualan lelong di China.

“Saya bertindak selaku penerbit rancangan yang akan disiarkan pada hari Raya nanti.

“Rumah Datuk Aliff menjadi lokasi penggambaran program kami kerana sesuai dengan konsep yang ingin diterbitkan.

“Yana pula adalah hos program berkenaan dan ketika penggambaran sedang dijalankan, dia tidak sengaja terlanggar sebuah pasu hiasan di ruang tamu rumah Datuk Aliff,” jelasnya.

Difahamkan, proses penggambaran program tersebut juga masih belum selesai dan tertangguh disebabkan permasalahan yang timbul.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Aliff memberikan pelbagai respons terhadap situasi yang berlaku, malah menganggap pergaduhan itu hanyalah gimik semata-mata.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Thu, 6 Nov 2025
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Alahai Comelnya Anak Sulung Abam Bocey!

Comelnya Syed Uthman Hamzah!

Featured Tue, 26 Nov 2024

Menangis Hingga Basah Skrip, Amir Ahnaf Belum Puas…

Amir juga menganggap naskah ini sebagai karya masterpiece.

Video Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

#AltimetAir Jelajah Terakhir Altimet?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang semakin dikenali menerusi lagu Air ini. Altimet mengakui menyimpan hasrat dan impian untuk menghiburkan peminatnya sebelum beliau bersara pada 27 November ini diusia beliau 40 tahun

Trending Thu, 1 Nov 2018

Penyelam Indonesia Temui Kotak Hitam Pesawat JT 610

Difahamkan, kotak hitam itu berwarna oren dan dalam keadaan sempurna.

error: Content is protected !!