Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 21, 2023 @ 3:55pm

Bakat VS Rupa? Ini Ramalan Juara Bagi Kategori BBNU Lelaki & Wanita Popular ABPBH 35 Pilihan XTRA!

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH) 35 yang bersiaran secara langsung di TV3 pada malam ini kian dirasai.

Malam anugerah yang menampilkan gandingan selebriti Johan dan Ain Edruce sebagai hos bakal menjawab teka-teki siapakah juara bagi 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan sekaligus menyandang gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 35. 

Kemunculan bakat-bakat baharu (BBNU) dalam bidang hiburan semestinya memeriahkan lagi industri seni tanah air, namun persoalannya adakah bakat mereka setanding dengan barisan pelakon berkaliber yang lain?

Bersempena malam anugerah berprestij yang bakal berlangsung di pentas gah Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur malam ini, XTRA ingin meramal siapakah pemenang bagi kategori BBNU lelaki dan wanita ABPBH 35. 

Jika diteliti senarai top 5 calon-calon BBNU lelaki popular, nama-nama artis yang tersenarai bukan calang-calang hebat iaitu Amir Ahnaf, Danial Chuer, Fadhli Masoot, Meer Nash dan Mierul Aiman. 

XTRA meramal pelakon BBNU Mierul Aiman berkemungkinan besar bakal merangkul trofi bagi kategori BBNU lelaki popular.

Nama Mierul Aiman mula meledak selepas muncul dalam drama rantaian bersiri terbitan TV swasta, rezekinya dalam bidang lakonan mula mencurah-curah kemudian apabila muncul dalam drama bergandingan bersama aktres Mira Filzah dan Qasrina Karim.

Bagi kategori BBNU Wanita pula, XTRA meramal aktres jelita Anna Jobling bakal membawa pulang gelaran dan trofi tersebut. 

Selain Anna, persaingan kategori BBNU wanita agak sengit antaranya Puteri Khareeza, Qasrina Karim, Siti Khadijah Halim dan Sophia Albarakbah.

Anna menjadi pilihan XTRA atas namanya yang melonjak selepas muncul dalam drama bersiri Melur Untuk Firdaus bergandingan bersama Meerqeen yang menjadi fenomena sehingga namanya meletus di negara seberang, Indonesia.

Apapun, ini hanyalah ramalan sahaja.. Nantikan keputusannya pada ABPBH 35 malam ini! 

Sekadar maklumat, proses pemilihan calon Top 5 bagi setiap kategori adalah berdasarkan 70 peratus undian daripada peminat dan 30 peratus lagi daripada juri profesional.

Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amelina, Aizat Amdan, Aina Abdul, Sufian Suhaimi, Baby Shima dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan ABPBH 35 di platform TV3 atau strim secara langsung di aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Apr 2021
#LaguXTRA Thu, 11 May 2023

#LaguXTRA: Lagu Zaman Dulu Ada ‘Rasa’, Shazabae Berjiwa Orang Lama

Betul lagu lama ni memang tak lapuk ditelan zaman kan

Hiburan Thu, 26 Mar 2026

Sibuk Bekerja Waktu Puasa & Raya, Ezzanie Jasny Akui Sedih Banyak Terlepas Momen Indah Bersama Keluarga – “Tahun Depan Nak Rehat”

Ezzanie turut berkongsi hasrat untuk mengambil rehat pada tahun hadapan agar dapat lebih menghargai momen bersama insan tersayang tanpa gangguan kerja.

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

#AJL33: Syamel Masuk Kelas Demi Kau Pun Sama

Pemenang vokal terbaik AJL tahun lalu ini memaklumkan dia turut menggunakaan khidmat penari Alam Wakaka untuk AJL 33 nanti.

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Featured Sat, 28 Feb 2026

Jarak Kehamilan Dipersoal, Intan Najuwa Perjelas ‘Bersedia’ Untuk Kehamilan Kali Kedua 

Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil memberi penjelasan susulan komen negatif yang diterimanya apabila ada pihak yang mempersoalkan jarak kehamilan keduanya selepas sebelum ini melalui pembedahan Caesarean (C-Section).

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Featured Tue, 16 Aug 2022

[VIDEO] “Terbaik Berani Buat Stunt Sendiri!”- Uqasha Senrose Terjun Laut Tanpa Guna Stuntman Buat Ramai Tergamam!

Wowww!! Power lahh, bukan senang ya nak terjun laut dengan ombak kuat tu. Fuhhhh hebattt Uqasha tak nak pakai stuntman

error: Content is protected !!