Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd August 5, 2021 @ 7:40pm

Pandelela Cemas Kepala Hampir Terkena Platform, Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

Walaupun tewas dalam misi untuk memburu pingat buat negara, ratu terjun negara Pandelela Rinong tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menamatkan saringan di final acara 10 meter Platform Wanita di kedudukan ke-12 di Sukan Tokyo Olimpik hari ini.

Pandelela merekodkan 18 mata pada terjunan pertamanya itu selepas kakinya sedikit terkena platform sebelum melakukan ‘entry’ yang kurang kemas.

Atlet kelahiran Sarawak itu cuba bangkit pada terjunan kedua, di mana dia merekodkan 71.05 mata sebelum meraih 60.80 mata dalam terjunan ketiga.

Dengan merekodkan 52.80 mata pada terjunan keempat dan 43.20 mata pada terjunan kelima, Pandelela terpaksa berpuas hati menduduki tangga terbawah daripada 12 peserta selepas mengumpulkan 245.85 mata keseluruhan.

Acara yang berlangsung di Tokyo Aquatics itu menyaksikan 12 penerjun terbaik dunia itu nyata dikuasai oleh dua jaguh Cina Chen Yuxi dan Quan Hongchan selain atlet dari Australia Mellisa Wu yang cemerlang sejak terjunan pertama.

Semalam, Pandelela berdepan detik cemas apabila rambutnya terkena platform sewaktu melakukan terjunan keempat. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Mae Chen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Feb 2023
Eat Travel Mon, 24 Sep 2018
Hiburan Thu, 14 Mar 2019

“Saya Tak Pernah Pilih Watak”- Syafiq Kyle

Kalau sudah jadi pelakon popular pastinya pelakon tu akan memilih jenis watak ataupun projek lakonan kan? Tetapi berbeza pula dengan teraju utama drama bersiri Nur yang popular dengan watak ustaz Adam iaitu Syafiq Kyle.

Hiburan Tue, 23 May 2023
Featured Sat, 25 Apr 2020
Events Mon, 14 Jul 2025

Pesta Durian Terbesar Di Malaysia Catat Malaysia Book of Records

Pesta durian terbesar Malaysia catat sejarah penyertaan teramai & paling besar.

Featured Wed, 26 Sep 2018
error: Content is protected !!