Hiburan By: SGMS Faida July 3, 2019 @ 3:53pm

Nana Kesian Dengan Khai Bahar?

” Saya kasihan juga pada Khai, apabila dia berkawan rapat tetapi kena gosip dengan wanita yang jauh lebih tua,” kata penyanyi Siti Nordiana Alias atau lebih mesra dipanggil Nana mengulas tentang gosip cinta dengan rakan duetnya, Khai Bahar.

Menurut Nana yang berduet dengan Khai menerusi lagu Satukan Rasa, dia mengaku selagi dia atau Khai tidak berkahwin, selagi itulah peminat berharap mereka Bersatu.

” Itu hak mereka untuk berbuat demikian. Saya sedari awal menyertai dunia seni sudah sedia maklum yang peminat punya hak terhadap saya.

” Saya juga berbesar hati apabila berkawan rapat dengan Khai dan melaksanakan beberapa projek bersama, peminat dia seakan merestui dan tidak pernah menjadikan ia satu isu,” katanya. 

 

Baru-baru ini, gosip cinta mereka terus hangat diperkatakan apabila keduanya memuat naik gambar bersama di Instagram namun ia hanya untuk tujuan promosi single Satukan Rasa.

Dalam masa sama, Khai menjelaskan dia tiada niat mempermainkan perasaan peminat apabila memuat naik gambar bersama wanita misteri terbabit.

” Gambar itu adalah sebahagian daripada strategi untuk memeriahkan pelancaran Satukan Rasa,” akhiri Khai.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Apr 2022

Anak Menangis Rindukan Ayah, Netizen Tegur Shuk Sahar Agar Jadi Lelaki Bertanggungjawab

Apapun kemelut yang melanda rumah tangga, tolong jangan abaikan anak-anak..

Featured Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Patutlah Tak Balik Rumah…’- Isteri Cef Fikree Kecewa Suami Skandal Dengan Isteri Orang

Zuriehan berdoa supaya dirinya dan Jayden dilindungi Allah.

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Sering Diaju Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’, Fattah Amin Mula Bersuara!

Pelakon KL Special Force ini turut memohon peminat mendoakan agar dia dan isteri dikurniakan zuriat seterusnya hidup bahagia hingga hujung nyawa.

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#SFMM33 : Siti Sarah Makin Power Dalam Lagu Semakin

Korang dah tengok belum Sarah perform masa SFMM33 baru-baru ni? Kalau belum jangan lupa layari Youtube TV3 official Malaysia okay!

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

Kereta Mewah Remuk, Safiey Ilyas Kemalangan Jalan Raya

Semuanya terkawal, hati-hati yeah lepasni…