Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 8, 2022 @ 5:16pm

Anak Menangis Rindukan Ayah, Netizen Tegur Shuk Sahar Agar Jadi Lelaki Bertanggungjawab

Kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera sepertinya masih bergolak dan sehingga kini masih tidak mempunyai jalan penyelesaian.

Terdahulu, Shuk menangkis dakwaan mengenai isterinya yang telah memohon perceraian di Mahkamah Syariah seperti yang didakwa oleh segelintir pihak menerusi video yang dimuat naik oleh Sera.

Terbaru, Sera memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya yang memaparkan anak perempuannya menangis teresak-esak meluahkan rasa rindu kepada Shuk.

@rossa.sera

Penantian seorang anak 😢 #ytjt #anaktakbersalah #tanggungjawab #fyp

♬ suara asli – justme – justme

Menerusi video tersebut, Sera yang dilihat sedang menenangkan anaknya mengakui perit untuk menerima kenyataan tersebut dan tidak sanggup melihat nasib yang menimpa anaknya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal kepada Shuk yang meminta dirinya untuk bersikap adil dan menjadi lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga terutamanya anak-anak.

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan mereka yang mendoakan Sera agar terus diberikan kekuatan yang kuat untuk menempuh dugaan serta membesarkan anak-anak.

Menerusi sebuah hantaran yang lain, video tersebut memaparkan Sera dan anak-anak bertindak untuk membawa diri pulang ke Sabah.

“Aimi Ain masih ada mama, mama akan berusaha mencari nafkah buat kamu berdua selagi mama masih bernyawa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@rossa.sera

Aimi Ain masih ada mama, mama akan berusaha mencari nafkah buat kamu berdua selagi mama masih bernyawa🥰 @inayahbeauty #tanggungjawab #fyp #foryoupage

♬ suara asli – Angi Lay – Angi Lay

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

“Malaysia Bersih” Tema Yang Tepat – Fazura

Sememangnya Fazura disenangi ramai kerana memiliki sikap yang positif, siapa setuju?

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Sindir Penyanyi Muda ‘Bodoh’, Nabila Huda Beri Penjelasan

Harap dipermudahkan segala masalah mereka

Trending Mon, 21 Oct 2019
Trending Mon, 28 May 2018

12 Epic Quotes by Tun Mahatir That We All Love

Our 7th Prime Minister is very witty indeed.

Featured Wed, 13 May 2026

“Bukan Niat Nak Gunakan Kesempatan Yang Ada” – Aliff Syukri

Aliff Syukri nafi ambil kesempatan di atas kesusahan yang ditanggung orang lain.

Featured Sun, 13 Aug 2023
Featured Thu, 18 Jan 2018

Intai Diet Selebriti

Pernah terfikir bagaimana cara golongan selebriti mengekalkan bentuk badan menarik? Jom semak fakta berikut. Fazura – Amal Minum Teh Hijau Pelakon jelita, Fazura punya cara tersendiri untuk tampil menawan. Selain  menjaga pemakanan dengan mengambil makanan […]

Featured Fri, 10 Apr 2020
error: Content is protected !!