Hiburan By: Del14 January 15, 2020 @ 12:15pm

Bukan Mudah, Dina Lupakan ‘Jajan’ Demi…

Usia menginjak 35 tahun, penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berazam sempena tahun 2020 untuk memberi fokus kepada kesihatan secara menyeluruh, bukan sahaja emosi dan spiritual, malah sudah sampai masanya dia memfaktorkan perubahan fizikal juga.

Semenjak Dina berjaya menghilangkan 6 kilogram dalam masa 4 minggu, dia mengakui sangat teruja kerana pergerakkannya tidak lagi terbatas dan dia tidak lagi mengalami sakit kaki seperti dahulu. 

“Saya masih Dina yang dulu. I am still comfortable in my own skin. Tapi sudah tiba masanya Dina cuba untuk menguruskan badan, bukan semata-mata untuk cantik, tetapi lebih kepada kesihatan dalaman. Seperti yang kita tahu, kalau berat badan kita berlebihan, sangat senang untuk jatuh sakit. 

“Alhamdulillah, saya gembira kerana sekarang saya tahu cara yang betul untuk melangsingkan badan tanpa perlu surgeri! Bukan sahaja kita perlu memastikan pengambilan makanan yang sihat tetapi juga kuantiti juga perlu dijaga. 

“Dahulu saya memang pemakan tegar segala jenis ‘jajan’ atau junk food. Tam Tam dan Pringles adalah kegemaran saya. Walaupun sukar pada mulanya, tapi selepas sebulan…saya rasa Hey, I can do this! 

“Sekarang bukan sahaja saya prihatin tentang apa yang saya makan, malah rakan-rakan sekeliling juga menyokong dan mengambil berat dengan inisiatif saya untuk melangsingkan badan dan kekal sihat. 

“Kalau ada yang nampak saya ambil minuman manis atau makanan berlemak, mereka akan tegur saya dan sama-sama mengingatkan,” ujar Dina kepada XTRA ketika ditemui di SSKlinic, Damansara 3, Petaling Jaya semalam. 

Sekadar info, Dina merupakan naib juara di musim pertama Malaysian Idol pada 2004 dan kini bertugas sebagai seorang penyampai radio bersama Era FM. 

Antara azam tahun baru Dina adalah untuk kembali mewarnai persada seni suara tanah air setelah lama ‘berehat’.  Tak sabarnya! All the best Dina!

 

Kredit Foto: Instagram @dinanadzir

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Mar 2024
Hiburan Thu, 24 May 2018

Panas! Faye Kusairi Mengamuk Mahu Pertahankan Suami

Terbaru, pelakon dan juga isteri kepada Azmi Hatta, Faye Kusairi bagaimanapun tampil mempertahankan suaminya itu dengan menjawab tuduhan tersebut melalui ruangan komen instagramnya selepas suaminya itu dihentam pelbagai persoalan

Contest Mon, 17 Feb 2020

xtra好康头 | 送你《容祖儿「Love in Genting」巡演》入门票

准备好跟容祖儿一起游走从她出道至今20年时光隧道了吗?xtra好康头 送你《容祖儿「Love in Genting」巡演》入门票。

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Penantian 12 Tahun Berakhir, Konsert Radja Malaikat Cinta 14 Julai Depan!

Konsert yang sepatutnya diadakan pada 5 Mei ini namun ditunda bagi memberi ruang serta menghormati kewajipan rakyat Malaysia bersempena pilihanraya umum pada 9 Mei

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022

“Bagi Jelah Dia Title Jennie Malaysia!” – Netizen Puji Rupa Paras Qistina Raisah

Pasti ramai yang mengenali pelakon, cilik, Qistina Raisah atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri yang sudah menceburi bidang lakonan sejak dari awal usia empat tahun lagi. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat […]

Hiburan Tue, 28 May 2019