Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 28, 2024 @ 2:45pm

Dedah Perangai Aktres Bermasalah Datang Penggambaran Lambat, Buat Muka ‘Selamba’… Tony Eusoff Rasa Nak Tampar! – “Dia Dah Bersara, Sekarang Dah Pakai Tudung”

Pelakon, Tony Eusoff mendedahkan dia pernah terdetik untuk menampar seorang aktres gara-gara tidak memberi kerjasama ketika mereka menjalani penggambaran bersama sekitar beberapa tahun dahulu.

Menerusi podcast bersama radio, Tony memberi bayangan mengenai aktres tersebut yang kini sudah bersara dari dunia seni dan sudah memakai tudung.

Dalam temu bual tersebut, Tony berang terhadap tindakan aktres berkenaan yang seakan melepaskan tanggungjawab apabila sering datang lewat sehingga penggambaran terpaksa ditangguhkan.

“Sepanjang karier saya setakat ini, ada seorang saja yang ingin saya tampar. Saya tak nak sebut nama dia. Nasib baik dia dah bersara, bukan Hairul Azreen.

“Saya tak sebut lelaki ke perempuan tapi sekarang dia dah pakai tudung. Nak cakap ini adalah teamwork (penggambarab).

“Dah la cerita itu melibatkan ramai orang dan dia datang set tanpa apa-apa pencerahan, tanpa apa-apa penjelasan (sebab lewat).

“Tak angkat phone apa semua, MIA (missing in action) macam itu saja. Orang semua tunggu dia, akhirnya tak jadi satu hari punya scene itu, tak jadi sebab dia,” katanya.

tony eusoff

Bukan itu sahaja, Tony juga menyifatkan aktres berkenaan tidak menghormati masa dan penat lelah kru produksi serta pelakon lain yang terpaksa menunggu kehadirannya ke set penggambaran.

Lebih menyakitkan hati, Tony berkata aktres berkenaan tidak mempunyai rasa bersalah ketika membuat ramai orang menunggunya.

“Kalau sekali tak apa, saya boleh maafkan. Mungkin dia sakit ke apa, mungkin dia tiba-tiba beranak.

“Tapi next day dia datang dengan tanpa bersalahnya, tak apa sekali lagi saya bagi peluang.

“Masalahnya berlaku kali kedua dan ketiga, saya rasa geram.

“Tapi kita habiskan kerja dulu. Masa itu pun dah hujung-hujung (penggambaran), masing-masing dah stress.

“Tak payah cakap penat pelakon la, penat kru, penat tenaga produksi yang lain. Awak menyusahkan orang lain, awak tak respect masa orang lain,” katanya lagi.

@sinar_my

Alamak! Siapa pula tu? Bila berlakon ni libatkan ramai orang, ambil masa ramai orang. Sekali buat boleh dimaafkan tapi dah berkali-kali ? Hmm #SINARKongsi #BorakSelebriti #fypシ゚viral #fyp #xyzbca

♬ original sound – SINAR – SINAR

Artikel Berkaitan: Tular Video Lucah Miripnya, Tony Eusoff Tampil Beri Respons – “Siapa Percaya Dia Tertipulah, Kawan & Ex-GF Pun Kata Ini ‘Fake’”

Sumber: Sinar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Apr 2018

Isteri Pemimpin Korea Utara Naik Pangkat

Kenaikan pangkat Sol Ju mungkin sebahagian usaha Pyongyang menunjukkan Korea Utara sebagai ‘negara normal’, ketika ia bersedia untuk pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae in pada Jumaat depan dan kemudian dengan Presiden Donald Trump.

Hiburan Wed, 28 Jun 2023

[VIDEO] Sebak! Matin Anak Shuib Buat Ramai Tersentuh Hati – “Saya Anak Mummy & Anak Ibu Sampai Syurga”

Sejuk perut Arwah Siti Sarah mengandungkan anak soleh & bijak ni 🥹

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

TAKZIAH! Anak Bob Lokman Meninggal Dunia

Dia seorang anak yang baik. Dia tulang belakang keluarga dengan membantu menguruskan perniagaan. Dia juga yang banyak bantu dan jaga saya ketika masuk hospital.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi ‘Diculik’ Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh

Sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat didalam sebuah beg berwarna hijau.

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Sweet! Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Tunang Tersayang

Lagu Rahasiaku ini saya cipta ketika dalam proses mengenali hati budi dia…Romantiknya Awi!

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Mak Duta Trivago, Anak Duta PetPet…

Comel Freda ni, geram betul!

Hiburan Fri, 20 Oct 2023
error: Content is protected !!