Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 6, 2024 @ 8:36pm

Kongsi Video Nyanyi Lagu Keliru, Nourul Depp Profesional Sekiranya Ada Peluang Duet Dengan Ajai? – “Suami Bagi Kebenaran, Tapi…”

Perkongsian terkini penyanyi, Nourul Depp meraih perhatian selepas dia memuat naik video menyanyikan lagu Keliru secara solo.

Nourul berkata dia menyedari namanya menjadi sebutan ramai selepas bekas suaminya, Ajai mengadakan Konsert By Ajai & Mega Friends berlangsung pada Sabtu lalu .

“Ada ni haa, ramai sangat dok sebut.. tersedak kami satu hari ini. Ada nyanyi juga lagu Keliru ni, saya nyanyi solo saja. Jalan! The show must go on!,” katanya.

Sementara itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Ab Wahab berharap orang ramai untuk tidak membandingkan penyanyi yang membawa lagu tersebut di mana-mana acara.

“Siapa pun boleh nyanyi lagu Keliru atau lagu-lagu duet komposer terkenal yang bernama Faizal Maas atau dikenali sebagai Ajai.

“Semua ada cara tersendiri. Kita jangan banding-bandingkan,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Menjengah ke ruangan komen, Nourul menjawab pertanyaan individu yang bertanya sekiranya dia terbuka untuk berduet menyanyikan lagu tersebut bersama bekas suami.

Nourul mendedahkan mereka pernah hampir untuk berduet namun terpaksa dibatalkan atas masalah yang terlalu peribadi antara mereka.

Bagaimanapun, sekiranya peluang itu diberikan semula, Nourul tiada masalah untuk menyanyi bersama Ajai demi menjalinkan hubungan profesional,

“Dalam bekerja kita perlu menjadi profesional. Kita tak boleh campurkan masalah peribadi. Jadi saya okay saja.

“Dulu suami ada cakap dan bagi kebenaran tetapi setelah berlaku beberapa perkara yang tidak disangka (terlalu peribadi), kami ambil keputusan tak teruskan.

“Dalam hidup ini kena profesional apabila bekerja. Saya okay saja,” katanya.

Nourul

Pada malam konsert tersebut, Aufahanie menyanyi duet bersama Ajai menerusi lagu Keliru dan Lagu Rindu yang pernah dipopularkan bersama bekas isteri, Nourul Depp.

Sekadar info, Nourul dan Ajai mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2006 namun bercerai pada 28 Februari 2007.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ayu Nazirah.

Artikel Berkaitan: Enggan Konflik Berlarutan, Nourul Depp Memilih Untuk Diam – “Saya Tidak Mahu Komen Apa-Apa”

Artikel Berkaitan: Kembali Beraksi Di Atas Pentas Bersama Nourul? Ajai Rasa Tak Ada Keserasian Lagi – “Perasaan Ini Susah, Tak Boleh Dipaksa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Apr 2019

Di Mana Nur Hidayah? Kanak-Kanak Umur 8 Tahun Dilaporkan Hilang Tanpa Jejak

Seorang kanak-kanak perempuan dikenali dengan nama Nur Hidayah dilaporkan hilang di kawasan perumahannya di Seremban. 

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

“SAYA Sudah Cukup Sengsara. Apa Salah Saya?

Nonny Nadirah Zainuddin berkata, sepanjang sakit dia tidak boleh bangun, makan dan minum hingga dimasukkan ke hospital.

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Syawal Tetap Ceria Walau Tanpa Suami

Alhamdulillah, anak sudah besar dan mereka faham situasi yang berlaku, tanpa perlu saya menjelaskan apa-apa.

Kisah Viral Tue, 25 Jun 2024

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris Teruk Dikritik, Ini Jawapan MOM 

Ramai yang kurang senang dengan rekaan pakaian edisi kali ini

Events Fri, 14 Sep 2018

#daiTV3 : Siapakah Yang Layak Ke Pentas Pendakwah Nusantara Musim Yang Ke-6 Ini?

Episod Separuh Akhir Pendakwah Nusantara Musim Yang Ke-6 hanya di TV3!

error: Content is protected !!