Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 7, 2024 @ 4:55pm

Kembali Beraksi Di Atas Pentas Bersama Nourul? Ajai Rasa Tak Ada Keserasian Lagi – “Perasaan Ini Susah, Tak Boleh Dipaksa”

Penyanyi dan komposer, Ajai mengakui perlunya ada keserasian untuk beraksi di atas pentas bersama bekas isterinya yang juga penyanyi, Nourul Wahab.

Bercakap kepada XTRA, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas menjelaskan dia tidak melihat ada keserasian antara mereka lagi untuk mendendangkan lagu-lagu duet popular mereka.

“Sebenarnya bukan tak mahu bersikap profesional atau tidak, pada saya apa yang dah berlalu, biarkan berlalu.

“Lagipun saya ada pendirian, bukan bermakna saya bermusuh dengan dia, tidak. Bila bekerja bersama ini ia perlukan keserasian.

“Apabila saya tak dapat rasa suasana atau vibes itu, bukanlah mahu fikir nak marah atau apa, cumanya vibes keikhlasan untuk beraksi atas pentas itu,” katanya kepada pemberita.

Ajai ditemui pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends di Hotel Royale Chulan Mutiara Damansara, pada Rabu.

Tambah pelantun lagu Lagu Rindu itu, dia tidak boleh memaksa perasaannya itu kerana ia perlu wujud dengan semula jadi.

“Dah tak dapat rasa benda itu, mungkin satu hari kalau saya dapat rasa semula, Insya-Allah.

“Perasaan ini sangat susah, tak boleh dipaksa, untuk suasana yang natural, mungkin ada benda yang tersentuh.

“Walaupun kita tak ada masalah, tak gaduh pun. Anak juga dah besar, Ayu juga dah bekerja. Dah tak perlu ada komunikasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ajai turut menegaskan dia tidak mempunyai masalah dengan Nourul sebaliknya semuanya berkait dengan perasaan dan suasana.

“Buat masa sekarang, belum lagi. Bukan nak cakap kita ada perkara lain atau sibuk.

“Ia semua tentang vibes, saya tak boleh bohong diri saya. Dia tiada masalah pada saya, dia mungkin boleh, tapi saya tak boleh.

“Orang mungkin akan anggap saya tak profesional, tapi tidak, inilah saya. Menyanyi ini lain, bukannya berbual, mesti melibatkan perasaan. Tanpa perasaan akan rasa kurang.

“Saya tiada masalah dengan dia cumanya saya tak boleh bohong untuk dapatkan vibes itu, dah tentu rasa kekok kalau bertentang mata,” tutupnya.

Ajai menjawab pertanyaan tersebut apabila nama Nourul tidak tersenarai dalam barisan penyanyi yang bakal beraksi di konsert sulungnya itu selepas 35 tahun dalam industri.

Konsert By Ajai & Mega Friends menampilkan barisan penyanyi hebat tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hazama, Aina Abdul dan Aufahanie di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.

Tiket boleh mula dibeli di www.ticket2u.com.my/byAjai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 24 Oct 2018
Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Trending Sun, 13 Jun 2021

Bawa Pulang Proton X50, Macbook Air, Wang Tunai & Banyak Lagi Apabila Menyimpan di SSPN-i!

Anda ada simpanan? Kalau tak ada, anda dah boleh dah mula menyimpan sedikit demi sedikit. Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi yang tak menentu semasa pandemik ni. Bagi yang dah berkeluarga tu lagilah penting untuk ada simpanan […]

Trending Tue, 12 Mar 2019
Hiburan Mon, 28 Oct 2024

Bakal Jayakan Konsert Sumandak Stars… Salma Asis Hanya Jalankan Tugas, Enggan Masuk Campur Isu Hangat

Salma dapat tawaran jayakan konsert Sumandak Stars selepas Stacy undurkan diri.

Trending Tue, 13 Feb 2018

IQRAM DINZLY VS NUR SAJAT

Iqram berpakaian ala ala perempuan dengan blazer berekorkan  skirt jarang berseluar thight manakala Sajat pula persis “ratu cantik” dalam fesyen gaun labuh shoulder cut bergemerlapan.

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Mengaku Silap…Janna Nick Mohon Maaf!

Ambil positif semuanya.

error: Content is protected !!