Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Fas February 13, 2018 @ 8:44am

IQRAM DINZLY VS NUR SAJAT

Korang setuju tak jika kami gelarkan dua personaliti yang paling menyerlah pada malam Anugerah Juara Lagu ke 32 jatuh kepada pelakon Iqram Dinzly dan usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamarulzaman. Setuju?

Apa tidaknya, sebaik sahaja kelibat mereka muncul, sorakan gemuruh memenuhi ruang arena Stadium Bukit Jalil!

Iqram berpakaian ala ala perempuan dengan blazer dengan skirt jarang berseluar thight manakala Sajat pula persis “ratu cantik” dalam fesyen gaun labuh shoulder cut bergemerlapan.

Gelagat Iqram mula menjadi tarikan ekoran kelakuan peliknya yang menjadi viral melalui sosial media dan kali ini turut diperlihatkan pada malam AJL32. Aktor ini berjalan dalam gaya liuk lentuk bagaikan model antarabangsa. Kelas! 

Bukan itu saja, kemunculannya di atas pentas turut mengejutkan juara Hael Husaini yang sedang menyanyikan lagu “Jampi” pada malam kemuncak AJL 32.

Di luar stadium terutama pada acara pos party, Iqram terus menjadi rebutan ramai untuk bergambar mahu pun berswafoto.

Bila ditanya siapa yang menaja pakaiannya, selamba dia menjawab, ‘sendiri jer…” sambil berlalu pantas. Ligat dia menghilang di celah-celah ramai namun banyak kali juga ditahan untuk bergambar.

Nur Sajat pula dalam gaya lemah lembut tidak kurang mendapat sorakan apabila masuk dan keluar arena stadium sambil melambai-lambai tangannya  bak ‘Ratu Cantik’ yang baharu menang trofi lagaknya.

Apapun, dua selebriti ini sering tampil luar biasa dengan gaya yang menghiburkan dan dalam masa sama turut mengundang kecaman netizen. Apapun, korang memang vas malam tu dik!  

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Jun 2024
Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Sat, 12 Jan 2019

Harga Minyak Turun Lagi

Menurut Lim, ​​​​​​​kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik,

Hiburan Sun, 3 Jul 2022

Tiada Sengketa! Rizman Ruzaini Nafi Hubungan Persahabatan Dengan Nur Fazura Bermasalah

Ada yang mendakwa mereka kini bermasam muka… Betul ke?

Hiburan Sun, 11 May 2025
Featured Tue, 25 Apr 2023
Hiburan Fri, 15 Nov 2024
error: Content is protected !!