Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 19, 2024 @ 6:28pm

Bekas Pemain Ragbi Sabah Tak Mengaku B*nuh Adik Perempuan

Bekas pemain ragbi Sabah mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini atas tuduhan membunuh adik perempuannya pada Mei tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Arden Mattson Maturin, 27, membuat pengakuan tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zaleha Rose Pandin.

Berdasarkan pertuduhan, Arden didakwa membunuh adiknya, Audrey Maturin, 24, di rumah mereka di Taman Prestij, Jalan Signal Hill antara 3.30 petang hingga 4.40 petang bertarikh 4 Mei 2023.

Jika disabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman mati dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jessica Ombou Kakayun manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Jul Hamri.

Oleh itu, mahkamah menetapkan semula tarikh 11 Julai depan bagi pengurusan kes.

Pada 12 Mei lalu, Arden dihadapkan ke mahkamah namun tiada pengakuan yang direkodkan kerana kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Seterusnya, pada 13 Jun lalu pula kes Arden dipindahkan Mahkamah Tinggi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Dec 2021

Mengaibkan Dengan Niat, Polis Buru 4 Individu Persenda OKU

Dah buat kenalah bertanggungjawab ye dak?

Kisah Viral Wed, 13 Sep 2023

Isu Ganggu Rumah Tangga, Umisya Boleh Saman Marissa Dania Jika Masih Isteri Aslam

Walaupun dah bercerai, boleh ambil tindakan yang sepatutnya!

Trending Sat, 30 Jun 2018

Yang Saya Marah, Dia Kahwin Dengan Kawan Sepermainan Anak Saya…

Namun saya tak sangka perkara itu benar-benar terjadi. Kalau dengan anak dara atau wanita yang lebih berusia saya boleh terima.

Hiburan Wed, 7 May 2025

Roslan Shah Bersyukur Dihujani Tawaran Kerja Selepas Hubungan Dengan Ifa Raziah Pulih

Roslan Shah dan Ifa Raziah akan bergandingan dalam sebuah persembahan istimewa bersempena sambutan Hari Ibu.

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Dapat Sambut Bunga, Alif Hadi Beri Bayangan Bakal Berkahwin Lagi?

Alif Hadi dah temui pengganti Yasmin Hani?

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Thu, 3 Mar 2022
Trending Wed, 3 Feb 2021

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Perhatian buat semua atau bakal dikenakan kompaun yang tinggi

error: Content is protected !!