Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 12, 2026 @ 12:00pm

“Saya Sangat Bersyukur…” – Aisha Retno Pertaruh Diari Air Mata, Impian Bekerjasama Dengan Ajai Akhirnya Jadi Kenyataan

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Diari Air Mata, sebuah lagu yang sarat dengan emosi mengenai luka dan pengorbanan dalam percintaan.

Lebih istimewa, single berkenaan merupakan rakaman sulung Aisha atau nama lengkapnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipuljam, 26, bersama Usanita Entertainment selain menjadi kolaborasi pertamanya dengan komposer tersohor, Ajai.

Menurut Ajai, Diari Air Mata mengangkat kisah seorang wanita yang masih dibelenggu kenangan silam dan kecewa dengan perjalanan cintanya.

“Melalui lirik yang menyentuh perasaan, lagu ini menggambarkan penerimaan seorang wanita terhadap takdir hidupnya selepas berdepan episod percintaan yang tidak berpihak kepadanya.

“Dengan harapan untuk bangkit meneruskan kehidupan, karya ini membawa mesej tentang kekuatan hati dalam menghadapi kehilangan dan kesedihan,” katanya.

Dalam masa sama, Ajai tidak lokek memuji komitmen yang ditunjukkan Aisha sepanjang proses rakaman lagu tersebut.

Malah, Ajai menyifatkan Aisha mempunyai kepekaan muzik yang tinggi dan memahami kehendak sesebuah karya dengan baik.

“Aisha sangat memberi komitmen sepanjang proses rakaman. Dia tahu apa yang dimahukan dan mempunyai kepekaan muzik yang kuat.

“Saya suka bekerja dengan generasi seperti ini kerana ia membantu menghasilkan karya yang lebih berkualiti,” ujarnya.

Bagi Aisha pula, peluang bekerjasama dengan Ajai disifatkan sebagai satu penghormatan besar memandangkan komposer berkenaan pernah menjadi antara individu yang banyak membimbing dan berkongsi ilmu dengannya ketika menyertai program realiti nyanyian.

“Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menyanyikan lagu ciptaan Abang Ajai. Banyak ilmu dan pengalaman baharu yang saya peroleh sepanjang proses menghasilkan lagu ini,” katanya.

@xtra_my

Penyanyi, Aisha Retno tampil dengan single terbaharunya berjudul ‘Diari Air Mata’, ciptaan dan terbitan oleh komposer terkenal, Ajai. Kata Aisha, lagu ni sedikit sebanyak menceritkan kisah cinta yang pernah dilaluinya dahulu 🥹💔 #xtramy #xtratonton #aisharetno #diariairmata #usanita

♬ original sound – XTRA – XTRA

Diari Air Mata kini boleh didengari di semua platform penstriman digital dan turut dilancarkan bersama muzik video rasmi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 Aug 2020
Featured Mon, 1 Feb 2021
Hiburan Sat, 10 Mar 2018

“Saya Bukan Tumpang Populariti Uqasha” – Hefny Sahad

Namun menurut Hefny Sahad, hubungan beliau dan pelakon jelita, Uqasha Senrose masih baik namun kedua-duanya sedang sibuk dengan karier masing-masing

Trending Sat, 11 Jul 2020
Hiburan Mon, 10 Mar 2025
Cahaya Mata Fri, 19 May 2023

Sempat Singgah McDonalds Tahan Sakit, Nina Nadira Selamat Melahirkan Anak Kedua

Bab makan mesti sempat kan! Alhamdulillah, congrats Nina and suami

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Selepas Model, Pelakon…Haneesya Hanee Bakal Bergelar Penyanyi!

Saya bermula sebagai model dan besar harapan agar tahun 2020 bakal membawa tuah lebih baik untuk saya.

#LaguXTRA Thu, 6 Apr 2023
Trending Wed, 24 Jul 2019

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diciplak Betul Ke?

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diciplak, Menteri Tampil Beri Penjelasan

error: Content is protected !!