Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 5, 2020 @ 4:35pm

Konsert Inteam 20 Tahun Tampilkan Legenda Nasyid dan Rock

Konsert sempena ulangtahun ke 20 kumpulan Inteam yang akan diadakan pada 12 Disember 2020 ini bakal menampilkan legenda nasyid dan rock tahun 90-an iaitu Hijjaz dan Exists.

Ditanya mengenai artis-artis yang terlibat, Muhammad Hazamin selaku Pengarah Konsert ini menjelaskan “InshaAllah, selain Inteam sendiri sebagai artis utama, kami turut akan mengundang legenda Nasyid 90-an yang juga guru-guru kami iaitu kumpulan Hijjaz dan juga kumpulan Rock yang popular pada zaman yang sama iaitu kumpulan Exists. 

” Selain itu, generasi baru juga turut kami libatkan dengan menampilkan Khai Bahar, Ikhwan Fatanna dan artis baru di bawah naungan Inteam sendiri iaitu Zayne. Turut kami undang ialah kumpulan UNIC dan Lah Ahmad. Konsert ini akan dihoskan oleh Suffian Amrin (Saujana) dan Dr Fitri Haris bekas anggota kumpulan UNIC”.

Menurut Hazamin lagi, Konsert Ulangtahun ke-20 Inteam dengan tema Terima Kasih itu mendapat sokongan dana melalui Geran DKD (Dana Kandungan Digital) yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

“Konsert yang kami anjurkan ini, secara majoritinya akan ditonton melalui atas talian dan kami hanya menyediakan tiket untuk hadir ke lokasi konsert dalam jumlah yang sedikit sekiranya PKPB di Selangor ditamatkan pada 6 Disember ini. Manakala, sekiranya PKPB disambung lagi, konsert ini akan menjadi konsert atas talian sepenuhnya” Ujar Syahril yang merupakan ketua kumpulan Inteam.

Konsert yang berdurasi selama 2 jam setengah ini akan menampilkan persembahan lebih 20 buah lagu hits Inteam sejak tahun 2000 sehingga kini, seperti Kasih Kekasih, Impian Kasih, Nur Kasih, Rabiatul Adawiyah, Dia dan banyak lagi. Selain itu, Inteam turut akan berduet dengan artis-artis undangan yang disebutkan tadi.

“Kami sangat teruja kerana selain akan berduet dengan senior kami iaitu Hijjaz, kami turut akan bergandingan dengan Exists menyanyikan lagu popular mereka yang masih kami rahsiakan. Selain itu kami akan berduet dengan Khai Bahar melalui lagu Setanggi Syurga yang pernah kami rakamkan bersama. UNIC dan Lah Ahmad turut akan berduet dengan kami, manakala Ikhwan Fatanna akan berkolaborasi dengan kami dalam satu lagu baru yang menjadi tema konsert berjudul Terima Kasih” jelas Rahim.

Ketika menjelaskan mengenai cara mendapatkan tiket, Syah berkata “Tiket konsert ini boleh dibeli melalui laman web www.inteam.my yang mana tiket yang disediakan berharga serendah RM10, RM25, RM50, RM100 bagi tiket atas talian dan RM200 bagi tiket untuk hadir di lokasi konsert di Warisan Hall Studio di Sijangkang dengan jumlah terhad.

“Alhamdulillah sehingga kini sejak dilancarkan sudah hampir 500 tiket terjual dan kami menyasarkan untuk menjual sehingga 3000 tiket keseluruhannya atau lebih lagi. Bahkan yang memeranjatkan kami tiket-tiket yang berharga lebih tinggi lebih banyak terjual mungkin kerana barangan cenderahati yang ditawarkan lebih menarik” Ujar Hazamin.

“Bagi menarik penonton dari negara jiran juga, kami akan mengadakan jerayawara (roadshow) secara maya melalui aplikasi Zoom bersama penasyid dan peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand pada 27, 28 dan 29 November ini”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Featured Sat, 26 Jun 2021

Status PKP Dilanjutkan Sehingga Dua Minggu Lagi Adalah Palsu

Status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilajutkan atau sebaliknya hanya akan diumumkan esok. Menurut sumber, kenyataan yang tersebar hari ini yang menyatakan tempoh pelaksanaan PKP 3.0 itu disambung dua minggu lagi adalah palsu. Dalam […]

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Peminat Kagum Hisyam Hamid Kerap Cipta Momen Bersama Anak-Anak

Hisyam Hamid akui hanya kotakan janji terhadap anak-anak, bawa mereka berjalan satu dunia

Featured Thu, 11 Jun 2026

“Tak Pernah Terdetik Berkawan Dengan Cik B Sebab Harta”- Viviana Terharu Terima Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun

Tindakan Cik B memberikan kejutan kepada rakan baiknya, Viviana sempena sambutan ulang tahun kelahirannya menyorot perhatian ramai.

Featured Thu, 9 May 2024
Hiburan Wed, 25 Jun 2025

Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Lelaki Paling Rapat

Amira Othman akui Fattah Amin teman lelaki paling rapat dalam industri

Hiburan Wed, 2 Apr 2025

Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Nina Ismail Sabri umum hamil anak pertama

Hiburan Mon, 2 Dec 2024
error: Content is protected !!