Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina January 23, 2020 @ 1:13pm

[Viral] Isu Foto Tidak Bertudung Tular, Ali Gatie Backup Sharifah Rose?

Kecoh di laman Twitter beberapa hari ini apabila sebuah gambar beserta video mirip teman wanita kepada Aazief Dato’ Khalid, iaitu Sharifah Rose tersebar!

Penularan foto tidak bertudung mirip model hijabista terkenal itu,  menunjukkan Rose sedang bercuti di Phuket, Thailand bersama Aazief dan teman baiknya,ternyata mengundang kontroversi di kalangan netizen.

Gambar tersebut dikatakan diperoleh melalui Insta Stories milik rakan baik Rose yang turut serta dalam percutian tersebut.

Walau bagaimanapun, Instafamous itu sempat memberi keterangan dan permohonan maaf selepas penularan gambar tersebut. Rose sempat menjelaskan bahawa dia masih mengenakan pakaian bertutup, baju berlengan panjang berserta topi untuk menutup rambutnya. Namun begitu, masih ada lagi netizen yang mempertikaikan keterangan yang diberikan Rose adalah tidak relevan.

 

 

Ali Gatie Back Up Sharifah Rose?

Isu ini juga nampaknya turut mendapat perhatian artis antarabangsa yang popular menerusi lagu “Its You” iaitu Ali Gatie yang memberi sokongan untuk teman wanita kepada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

 

Nampaknya, bukan biasa-biasa level Sharifah Rose ini apabila kontroversinya turut mendapat perhatian artis luar negara. Apa-apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan secara baik dan dijadikan iktibar buat semua.

Baca juga: Foto Tidak Bertudung Tular, Sharifah Rose Anggap “10 Minit Paling Bodoh Dalam Hidup”

Sumber foto: www.twitter.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Muka Macam Oppa Korea! Kecomelan Anak Mona Allen Curi Tumpuan

Baru-baru ini, pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkongsi wajah anak lelaki sulungnya, Petra Pekin di media sosial. Wajah gebu yang dimiliki oleh Petra itu telah membuatkan ramai peminat geram dan tidak […]

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Featured Wed, 7 Sep 2022
Trending Thu, 7 Jan 2021

Barisan Hadapan Tertekan, Pakar Kesihatan Rayu Agong Henti PRU15

Kesihatan rakyat adalah yang paling utama

Hiburan Wed, 20 Nov 2024
Trending Wed, 11 Dec 2019

Wanita Nekad Kahwin Dengan Karpet Kesayangannya

Namakan ‘Pasangan’ Hidupnya Mat

error: Content is protected !!