Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 20, 2024 @ 7:30pm

“Setiap Perkara Yang Kita Buat Biar Betul-Betul Khusyuk Dari Hati” – Nora Danish

Umum mengetahui, penghijrahan pelakon jelita Nora Danish menerima pujian dan perhatian ramai selepas aktres itu memilih untuk mendekatkan dirinya dengan Sang Pencipta dengan menghadiri kelas agama serta memakai hijab sejak Mei tahun lalu.

Perubahan aktres sitkom popular Puteri ini mula menjadi sebutan terutamanya selepas bercerai dengan bekas suami, Nedim pada 16 Jun lalu.

Susulan itu, menerusi perkongsian di platform Threads, Nora tampil memberi nasihat secara terbuka kepada pengikutnya untuk mendalami setiap amalan dan ibadah yang dilakukan.

“Setiap apa yang kita buat, biar betul-betul kusyuk dan dari hati. Slow and steady, don’t rush kerana Dia melihat kualiti bukan kuantiti. Peringatan untuk diri sendiri,” tulisnya.

Sebelum ini, selebriti dan usahwan popular, Neelofa berasa gembira melihat perkongsian pelakon jelita, Nora Danish hadir  ke kelas ilmu baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Neelofa Gembira Lihat Nora Danish Hadir Ke Kelas Ilmu – “Bidadari Syurga, Tak Ada Sebab Tak Luangkan Masa Peroleh Ilmu Akhirat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 12 Feb 2020
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

沙米尔等你《来爱》!首支单曲飞中国录音

李佩玲的同门师弟Meer Nash沙米尔经过筹备、培训1年后,他终于以首支单曲《来爱》正式出道!

Trending Thu, 13 Aug 2020

Maybank Kini Sediakan Tiga Pilihan Bantuan, Cara Mohon Lanjutan Moratorium

Jom tengok macam mana nak mohon menerusi Maybank

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Featured Tue, 24 May 2022
error: Content is protected !!