Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 23, 2023 @ 4:53pm

“Jangan Sesekali Bersumpah Atas Selawat Untuk Tunjuk Maksiat Kau!” – Zarina Anjoulie Repost Video Individu Berang Bekas Tunang Mainkan Agama

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie bertindak memuat naik semula hantaran pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai The Sum Kopi.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia berterima kasih kepada individu tersebut dengan menyuarakan perkara itu dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

“Terima kasih bang. Saya pun ambik ikhtibar dan pengajaran dari apa yang terjadi,” tulisnya.

Di dalam video tersebut, individu tersebut menyatakan rasa marah dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas tunang Zarina atau Anju kerana mempersendakan agama.

“Apa yang jadi pada hari ni aku kena bersuara sebab benda ni berkaitan dengan agama aku dan agama kita semua.

“Jangan sesekali guna nama Nabi, jangan sesekali bersumpah selawat untuk tunjuk maksiat kau! Faham? Jangan sesekali hina nama yang mulia untuk tunjukkan yang kau ni buat maksiat. Tolong!

@zarinaanjoulie_

♬ original sound – Zarina anjoulie

Pada masa sama, individu tersebut menyeru warga TikTok untuk tidak memberi perhatian kepada kandungan seperti itu lagi.

“Kepada you guys, jangan share pergi report akaun dorang semua, jangan attend dorang punya content. Benda ni sangat-sangat memalukan dan menghina agama kita!

“Nama Nabi Muhammad SAW adalah satu nama yang sangat-sangat mulia, kau petik nama Nabi, kau nak tunjuk yang kau buat maksiat; kau kutip bantal yang jatuh lepas tu kau nak tunjuk yang kau sembahyang subuh?

“Aku sangat kecewa lah. Dah tua-tua pun bodoh! Aku sanggup freeze kan akaun aku untuk cakap benda ni. Benda ni bukan benda yang main-main eh, benda ni berkaitan dengan agama.

“Kau nak buat maksiat, buat lah tak ada siapa kisah pun tu antara kau dengan Tuhan. Tapi jangan libatkan nama Nabi, jangan berselawat untuk tunjuk yang kau buat maksiat,” ujarnya marah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Aug 2019

ABPBH32: Jom undi untuk Pelakon TV kegemaran anda!

Hantarkan undian anda di www.abpbh.com.my sebelum 15 September.

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Trending Thu, 4 Oct 2018

Pemuda Ini Menangis Meminta Allah Permudahkan Rezeki Selepas Solat, Tiba-Tiba…

Betul la RM 1000. Dulu arwah mak aku pesan, mana orang atau ustaz yang jadi khalifah buat Yassin dan tahlil kat dia, bagi duit RM 1000. So, aku bagilah…

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

ArYanti Mahu Jadi JLO Malaysia?

Korang dah dengar lagu Nak Apa Lagi ke belum?

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Sakinah Tempelak Netizen Busy Body

Bila dah jadi artis, semua benda orang nak ambil tahu.

Featured Mon, 8 Sep 2025

Hamil 4 Bulan, Alif Satar Bangga Isteri Berjaya Tamatkan Larian 10 Kilometer

Alif Satar meluahkan rasa bangga apabila isterinya, Shadila Halid, 41, berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer.

Featured Tue, 13 Feb 2024

Naim Daniel Nafi Anti Golongan Agamawan, Perjelas Ciapan Tular Hanya Sekadar Luahan Perasaan

“Bukan semua khilaf boleh ditutup dengan berpenampilan suci” – Naim Daniel

error: Content is protected !!