Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 23, 2019 @ 4:05pm

ArYanti Mahu Jadi JLO Malaysia?

Kalau dilihat pada kelincahannya di pentas, ramai menganggap penyanyi ArYanti mempunyai persamaan dengan bintang pop terkenal Jennifer Lopez (JLO).

Akui penyanyi yang baru muncul dengan single Nak Apa Lagi, dia menjadikan JLO sebagai inspirasi ketika membuat persembahan pentas.

“ Saya suka melihat bagaimana JLO sewaktu membuat persembahan. Tenaganya luar biasa walaupun di usia 50 an.

“ Kadang-kadang saya hairan juga bagaimana beliau begitu lincah di pentas. Bila fikir balik, kalau dia boleh, kenapa saya tidak?,” katanya kepada XTRA.

Ibu kepada dua anak ini memaklumkan sebagai persiapan tampil dengan lagu fast beat, dia banyak melakukan latihan meningkatkan stamina.

Dalam pada itu, ArYanti yang dahulunya dikenali sebagai Lisa Aryanti memberitahu dia memiliki sebab tersendiri menukar nama pentas.

“ Memang niat saya untuk menjenama semula diri dan ingin dikenali dengan nama lain pula. Pendek kata, saya mahu buat kemunculan semula.

“ Walaupun single pertama yang dikeluarkan tahun lalu, Jangan Cuba kurang mendapat sambutan, saya tidak mahu mengalah. Siapa tahu rezeki Nak Apa Lagi menyebelahi saya tahun ini. Insya Allah, saya mengharapkan yang terbaik,” akhirinya.

Nak Apa Lagi merupakan lagu rancak ciptaan sepenuhnya oleh Altimet. Jom request di radio Hot FM atau Kool FM sekarang, best tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

#MM33: ‘Tipulah Kalau Saya Cakap Tak Nak’ -Shiha Zikir

Good Luck Shiha untuk ‘Jagakan Dia’ malam ni!

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

ANAK JUTAWAN MALAYSIA KAHWIN!

Siapa yang tidak kenal dengan adik-beradik dari kumpulan Naza Group kan? Hari ini anak kepada jutawan, Tan Sri Nasimuddin Amin iaitu SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan iaitu CEO Berjaya Times Square dan juga anak […]

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Events Sat, 12 Jan 2019

年货美食样样齐!你不能错过「全马最大型」八度空间综合年货市集

超过300个商家摊位、超炫酷的拍照打卡景点,以及388只舞狮表演你怎能错过呢?约定你「全马最大型」八度空间综合年货市集!

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Risteena Enggan Ditaja Lelaki Berduit!

Risteena merupakan salah seorang daripada pemegang saham bersama seorang rakan yang namanya mahu  dirahsiakan.

error: Content is protected !!