Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 23, 2018 @ 11:42am

#MM33: ‘Tipulah Kalau Saya Cakap Tak Nak’ -Shiha Zikir

Keputusan siapa yang bakal melangkah ke pentas  Anugerah Juara Lagu 33 (AJL) bakal diketahui pada malam ini.

Dalam masa sama, penyanyi Shiha Zikir turut meletakkan harapan terhadap lagu Jagakan Dia agar dapat mara ke pusingan akhir.

“ Saya percaya sesiapa saja yang tercalon di pentas separuh akhir mengimpikan dapat beraksi di pentas AJL.

“ AJL merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan sesebuah karya di mana ia memberi kelebihan buat komposer dan penyanyi itu sendiri. Tipulah kalau saya cakap tak nak tetapi saya tidaklah terlalu berharap. Saya berserah kepada rezeki kerana saya sudah membuatkan yang terbaik,” katanya kepada xtra.com.

Dalam perkembangan lain, bekas protege Mentor musim kelima ini sibuk menguruskan syarikatnya, Shiha Zikir Entertainment yang mengetengahkan bakat-bakat baru.

“ Buat masa ini, saya sedang membantu penyanyi di bawah pengurusan syarikat iaitu Kay Khaidir.

“ Single Bukan Bahagiaku sudah diputarkan di radio dan boleh didengar di seluruh platform digital sekarang. Saya akan membantu Kay sebaik mungkin dalam melonjakkan namanya di dalam industri. Insya Allah… doakan semua berjalan lancar,” akhirinya.

Pentas separuh akhir Muzik Muzik 33 akan bersiaran jam 9 malam ini di TV3. Siapa agaknya yang bakal mara ke pentas AJL? Jangan lupa saksikan keputusannya malam ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Featured Fri, 11 Oct 2024
Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Tamparan Wanita Kembali! Elite Rai 30 Tahun Dalam Konsert Sulung ‘Elite Live ’25 September Ini

Tiket konsert ELITE LIVE 25 akan mula dijual pada Khamis, 26 Jun!

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

童缤毓:我本身有点敏感体质!拍摄片场灵异事件令拍摄阻滞重重

马中合资爱情惊悚电影《双生》1213上映;片场灵异事件令拍摄阻滞重重,童缤毓”我本身有点敏感体质!“

Hiburan Tue, 9 Dec 2025

Zizie Izette Masih Berkabung, Akui Rindu Arwah Suami Tidak Pernah Surut

Zizie berkata setiap air mata dan kerinduan yang datang bukan sesuatu yang cuba disembunyikan

Hiburan Tue, 4 Dec 2018
Trending Hari Ini Mon, 15 Jun 2020
error: Content is protected !!