Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 25, 2023 @ 3:30pm

Bijaknya! Order Roti Canai Siap Air Lemon, Gelagat Anak Zahirah Macwilson Curi Perhatian! – “Kecil Lagi Minta Air Detox, Kalau Aku Milo Tabur Terus!

Gelagat anak pasangan pelakon popular, Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson iaitu Isaac Raees mencuri perhatian selepas sebuah video pendek yang dikongsikan peminatnya tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Isaac kelihatan sedang duduk di meja makan sebuah restoran sambil menulis seakan-akan mahu mengambil pesanan sebelum Aiman menegurnya.

Bagaimanapun, tindakan Isaac yang tidak ralat berbahasa Melayu itu mencuri perhatian apabila Zahirah bertanyakan makanan pilihannya.

“Isaaac lepak kedai mamak, order dua roti canai dengan kuah kari plus air lemon,” tulis pada kapsyen berkenaan.

@fansofisaacraees Ijack lepak kedai mamak..Nak order 2 roti canai dgn kuah kari plus air lemon 😁 #isaacraees #aimanhakimridza #zahirahmacwilson #aimanhakim #zahirah ♬ original sound – Fanpage Aiman Zahirah Isaac

 

Teruja melihat kebijaksanaan anak kecil itu, rata-rata warganet terkejut dengan pemilihan makanan yang dipesan Isaac.

“Lain macam Isaac minum air lemon.

“Kecik lagi dah request air detox, kalau aku milo tabur terus!

“Selalu budak kecil nak air milo, ni air lemon… comel je.

“Roti canai dua, kuah kari dan air lemon. Memang sedap Isaac makan. Paling comel, paling bijak. Dah lah handsome.

“Lain macam betul Isaac Raees ni. Makan roti canai, minum air lemon memang terbaik!,” komen netizen.

Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang memuji kebijaksanaan Isaac bertutur dalam bahasa Melayu dan English dengan fasih sekali.

“Isaac ni cakap Melayu pandai, English pun pandai memang bijak lah. Handsome pula tu!

“Aku dulu ingat Zahirah ni akan speaking je dengan anak dia, macam Erra Fazira dulu.

“Ramai anak artis, aku paling minat Isaac. Suka tengok dia cakap. Bijak sungguh!

“Ni bukti tak menggelupur cakap English. Terbaik je dengar mak dia cakap Melayu.

“Dia orang ni salute betul! Tak ada nak caka London, padahal background masing-masing bukan orang biasa-biasa,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 300,000 tontonan dan menerima lebih 29,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 May 2019

Cubaan Keluar Zon Selesa, Fariz Jabba Pertaruh ‘MASA’

Fariz Jabba membuktikan dia lebih daripada sekadar penyanyi rap menerusi single terbarunya berentak R&B, Masa, di mana pemuzik serba boleh itu menunjukkan nyanyian sensasinya dan rentak tari yang cukup progresif. Lagu terbitan Flightsch itu adalah […]

Trending Hari Ini Wed, 18 Mar 2020
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

IamNeeta Kecewa Lagu Lambat Siap?

Good luck Neeta & team!

Hiburan Wed, 20 Aug 2025
Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Safura Menangis Hiba Di Instagram

Mengapa Safura mengangis hiba di Instagram?

Kisah Viral Fri, 17 Nov 2023
Trending Mon, 21 Dec 2020
Hiburan Mon, 25 Feb 2019

「360度零死角高素质美女」彭嘉伊代表大马美丽出征

「360度零死角高素质美女」Jovane彭嘉伊代表大马美丽出征,与来自世界各地不同城市的佳丽们展开一场美丽的争夺。

error: Content is protected !!