Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 20, 2025 @ 7:49pm

20 Tahun Tak Berlakon Telefilem, Dharma Harun Terharu A Aida Buka Ruang

Pelakon veteran, Dharma Harun Al-Rashid menzahirkan penghargaan kepada penerbit Datuk A Aida yang memberinya peluang kembali beraksi di depan kamera selepas lebih dua dekad tidak membintangi telefilem.

Telefilem Ayah terbitan A Aida Productions bukan sahaja menghidupkan kembali semangat Dharma, malah turut membuka ruang untuk anaknya, Muhammad Al Syafiq, terbabit sama.

“Peluang yang Aida beri sangat menyentuh hati. Pada asalnya jalan cerita mengisahkan seorang ibu, namun Aida sanggup menukar watak kepada ayah untuk meringankan beban saya. Saya memegang watak utama sebagai seorang ayah, bergandingan dengan Aniq Suhair dan Azeva Natassha.

“Sebelum masuk set, saya berjanji akan memberikan lakonan terbaik. Saya juga berterima kasih kepada pengarah, Zul Huzaimy yang banyak memudahkan proses penggambaran kerana memahami keadaan saya yang uzur,” kata Dharma.

Bintang filem popular era 80-an itu ditemui di lokasi penggambaran Ayah di Pusat Jagaan Harian Warga Tua, Cheras, baru-baru ini.

Kembali menjejakkan kaki ke set sejak Jumaat lalu, aktor berusia 69 tahun itu mengakui jiwanya bagaikan hidup semula.

Suasana di lokasi, dari kelibat pelakon, kru hingga peralatan penggambaran, membawanya kembali mengimbau nostalgia lebih 40 tahun lalu ketika zaman kegemilangannya.

“Perasaan ini saya ibaratkan seperti Datuk Mokhtar Dahari yang diberi peluang turun semula ke padang bola sepak. Bayangkan betapa gembiranya, begitu jugalah saya apabila dapat kembali melakukan perkara yang saya cintai,” katanya.

Biarpun berdepan masalah kesihatan termasuk asma dan kahak berlebihan dalam paru-paru, Dharma tetap hadir ke lokasi setiap hari.

Menunggu dari pagi hingga malam kerana tidak mahu mensia-siakan kepercayaan penerbit terhadapnya, Dharma turut mengakui kudratnya tidak lagi sekuat dahulu.

“Empat hari di set cukup memenatkan, tapi saya tetap pastikan diri bersedia bila tiba giliran berlakon. Saya perlu menilai tawaran selepas ini, mungkin hanya boleh terima penggambaran sehari atau dua hari sahaja.

“Kalau terlalu lama, saya tidak mampu. Selepas tamat telefilem ini, saya akan berjumpa doktor. Jika keadaan tidak baik, saya mungkin perlu jalani rawatan sedutan untuk membuang kahak yang terkumpul,” katanya.

Telefilem Ayah terbitan A Aida Productions bakal bersiaran di Salam HD menampilkan kisah Erfan yang terpaksa menjaga bapanya, Nordin, yang sakit, setelah kakaknya, Wati dan Ana, enggan memikul tanggungjawab itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 May 2025
Featured Mon, 19 Jan 2026

Lebih 500 Jemaah Solatkan Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma – “Pengakhiran Yang Sempurna & Baik”

Allahyarham Nadia Kesuma disolatkan oleh lebih 500 jemaah di Jeddah, Arab Saudi.

Trending Fri, 13 Sep 2024
Events Fri, 9 Jun 2023

Isu Artis Kekwat Layan Peminat, Dolla Tampil Beri Respons!

Setuju, nak tak nak artis penat ke, kena juga ambik gambar kalau peminat tu 2 orang je. Kesian tau!

Trending Tue, 5 May 2020
Featured Fri, 5 May 2023

Individu Kritik Puteri Sarah Ambil Gambar Duduk Mencangkung Seperti Ira Kazar, Ini Respons Empunya Badan

Alamakkkk! Fake akaun mana tuuu 👀🤣 Puteri Sarah palingg lawooo 🔥

error: Content is protected !!