Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi September 13, 2024 @ 11:29pm

Semakin Hangat Terasa, Ini 5 Penyertaan Menarik Kempen Pencarian Bakat #XTRAXSTAR2024!

Bahang pencarian bakat baharu #XTRAXSTAR2024 semakin hangat terasa!

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai peserta mula menunjukkan taring menyerlahkan bakat mereka dalam bidang nyanyian.

Ramai yang mempunyai vokal mantap dan mencuri perhatian, ini lima penyertaan menarik kempen #XTRAXSTAR2024!

1. Muzammil Azhar

@muzammil_azhar

#xtraxstar2024 @XTRA

♬ original sound – Muzammil Azhar – Muzammil Azhar

2. Zakir Hazz

@zakir_micon2

#xtraxstar2024 @XTRA #fyp #coversong

♬ original sound – Zakir – Zakir

3. Amirul Amru

@amirulamru23

Permaidani Aris Ariwatan cover by me🎤👋 tuk full cover boleh check out utube dan IG am,link di bio👋🙆🏻‍♂️ #xtraxstar2024 @xtra_my #cover #permaidani #arisariwatan #malaysiacover #malaysiatiktok #layan

♬ original sound – Amirul Amru – Amirul Amru

4. Fiz April

@fizapril

Luluh by @khaibahar_94 #xtraxstar2024 @XTRA #kiraokesurianilai2024 @suriamalaysia

♬ original sound – Fiz April – Fiz April

5. Amry Absan

@amryabsan

#xtraxstar2024 Sinar pelangi – projector band #cover #LIVE #fyp #lagucover

♬ original sound – Amry Absan – Amry Absan

XTRA XSTAR adalah inisiatif portal Xtra dalam pencarian bakat baharu untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin bergelar penyanyi.

Dijalankan menerusi platform TikTok, menariknya kempen XTRA XSTAR ini tiada sebarang had penyertaan dan terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Mudah sahaja, ini cara untuk menyertai pencarian bakat baharu XTRA XSTAR 2024:

1. Serlahkan bakat dan vokal anda dengan kongsi sahaja video nyanyian anda di platform TikTok, letakkan #XTRAXSTAR2024 dan tag akaun TikTok @xtra_my serta pastikan akaun berada dalam tetapan umum sebelum 22 September 2024.

2. Pemilihan lagu dan cara penyampaian emosi ketika menyanyi juga penting! Anda boleh menyunting video, tetapi tidak boleh menggunakan ‘voice effects’ seperti echo dan sebagainya. Penyertaan anda boleh dibatalkan serta merta!

3. Sebelum anda menghantar penyertaan, sila pastikan anda tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman dan pengurusan. Ini bagi memastikan tiada isu berbangkit antara mana-mana pihak sekiranya anda bergelar juara dan berjaya bernaung di bawah Alternate Records & Talent.

4. Video penyertaan anda akan dinilai oleh juri-juri profesional dalam industri hiburan termasuklah artis dibawah syarikat rakaman Alternate seperti Marsha Milan, Puteri Khareeza dan Bob Yusof.

5. Selepas penilaian dilakukan, seramai 20 peserta bertuah akan layak ke peringkat seterusnya di mana mereka akan diundi oleh orang ramai untuk merebut peluang ke Top 5 pusingan akhir XTRA XSTAR .

6. Lima peserta dengan undian tertinggi akan berentap di Studio Sri Pentas dan ditayangkan secara langsung menerusi platform TikTok bagi merangkul gelaran Juara!

Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut gelaran Juara dan sekali gus bernaung di bawah syarikat rakaman Alternate Records & Talents!

Muat naik video nyanyian anda di aplikasi TikTok, sertakan #XTRAXSTAR2024 sebelum 22 September 2024 ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 11 Aug 2021

24 Jam Buletin TV3 Di Laman Web Berita Harian

Media Prima Berhad menjadi platform penting untuk rakyat Malaysia mendapatkan informasi terkini sementara kekal selamat duduk di rumah sepanjang wabak COVID-19 ini. Buletin TV3 komited dalam menyalurkan berita dan juga video terkini dari dalam dan […]

Hiburan Fri, 1 Nov 2024

Berbangga Klinik Dapat Pengiktirafan MBOR, Ella Sentiasa Beri Sokongan Terhadap Kepentingan Penjagaan Hormon Wanita

Ella sentiasa memberi sokongan terhadap kepentingan penjagaan hormon bagi wanita.

Hiburan Fri, 10 Feb 2023
Trending Thu, 24 Feb 2022

YouTuber Aiman Kecek Kelate Tinggalkan UK Demi Malaysia

YouTuber Aiman Nasir Wynne, 24, sanggup meninggalkan United Kingdom (UK) demi Malaysia. Pemuda kacukan British dan Kelantan ini menempa populariti menerusi saluran YouTube ‘Aiman Kecek Kelate’ yang mempunyai lebih 109,000 langganan. “Saya pernah datang ke […]

Featured Thu, 29 Aug 2024

Anim Ezati Akhirnya Kongsi Video Kahwin – “Humble, Intimate & Simple”

Wah, cantik Anim! Moga bahagia sampai surga❤️🌟

error: Content is protected !!