Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 31, 2020 @ 12:52pm

Keluar ONE, Mimi Fly Jadi Artis Solo

“Mimi sudah tidak bersama kali lagi,” itu kenyataan oleh anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Sabhi Saddi mengesahkan Mimi atau lebih dikenali sebagai Mimi Fly kini bergerak sebagai artis solo.

Kata Sabhi kepada Harian Metro, keputusan itu dibuat Mimi dua minggu selepas mereka selesai dengan program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) tahun lalu.

“Mimi sudah tak bersama kami. Daripada apa yang saya tahu, dia ingin meneruskan karier solonya dan pihak pengurusannya juga sudah ada perancangan untuknya,” katanya.

Menurut Sabhi, dia dan dua lagi anggota ONE iaitu Jojoe Fly dan Kozae Murtaza menghormati keputusan Mimi dan mereka akan teruskan kumpulan hip hop itu.

“Kami tak halang mahu pun menyingkirkannya. Kami hormat dengan keputusan Mimi dan kami sentiasa mendoakan agar kerjaya seninya berlangsung dengan baik selepas ini,” katanya.

Menurutnya, dia dan dua rakannya tidak mahu usaha mereka untuk kembali menempatkan nama di dalam industri muzik umpama satu usaha yang sia-sia.

“Mungkin sedikit sukar untuk kami bertiga bergerak tanpa Mimi kerana peminat dan penyokong kami semuanya sudah biasa dengan kewujudan empat anggota dalam ONE.

“Lagipun, saya tak mahu usaha kami selama ini untuk membuat kemunculan semula dan menempatkan nama kami dalam industri muzik seperti sia-sia. Tak semua orang dapat peluang untuk beraksi di pentas GV dan rasanya ia adalah satu platform terbaik,” katanya.

Sabhi juga memaklumkan bahawa ONE akan menampilkan beberapa penyanyi wanita sebagai penampilan khas setiap kali muncul membuat persembahan.

“Insya-Allah, pada 16 Februari ini kami akan membuat persembahan di Singapura dan kami akan tampilkan penyanyi wanita sebagai penampilan khas. Siapa penyanyi itu, biarlah rahsia.

“Itu akan menjadi persembahan pertama kami tanpa Mimi dan kalau boleh, setiap kali membuat persembahan kami akan tampilkan penyanyi wanita. Ini kerana kami nak kekalkan identiti ONE yang ada seorang anggota wanita,” katanya.

Sementara itu, Mimi ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara ini.

“Saya tak mahu komen apa-apa buat masa sekarang. Yang pasti, saya tidak lagi bersama dengan ONE. Saya akan maklumkan sekiranya ada sebarang maklumat terkini selepas ini,” katanya.

ONE adalah kumpulan hip hop popular tanah air yang aktif sejak 2008.

Anggota asal ONE ialah Mimi, Jojoe dan Kozae dan Sabhi mula menyertai mereka ketika kumpulan itu menyertai program GV6.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Aug 2024

Alami Alahan Teruk, Almy Nadia Kongsi Berita Gembira… Hamil Anak Kelima

Alhamdulillah, rezeki. Moga dipermudahkan urusan bersalin inshaa-Allah❤️

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Drama Sangat Tour 2018 Melabuhkan Tirainya di Tiga Buah Lokasi Ini

Korang nak tahu bagaiman agaknya gelagat artis korang masuk dalam sawah bendang. jom klik artikel ini

Kisah Viral Sat, 21 Jan 2023

Galau Bersama, Konsert Cakra Khan Terima Sorakan Padu Dari Peminat!

Konsert Cakra Khan – A Decade Live in Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berlangsung dengan meriah semalam. Konsert tersebut telah meraih sambutan dan sorakan padu daripada peminatnya di […]

Featured Mon, 8 Nov 2021

Abang Ditikam Adik Apabila Tegur Tunggang Motosikal Tanpa Pengetahuan

Seorang lelaki cedera parah ditikam oleh adiknya menggunakan pisau lipat kerana menegur remaja itu keluar menunggang motosikal tanpa memberitahu kakaknya pada Ahad. Menurut laman Berita Harian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat […]

Hiburan Fri, 23 May 2025
Hiburan Fri, 27 Dec 2019

“Puas Tangan Nak Menepis…” -Datuk A. Aida

18 kali tepis, mungkin 19 kali terima!

error: Content is protected !!