Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana June 4, 2023 @ 8:12pm

Lebih 2,000 Penonton Banjiri Malam Kedua, Konsert D’Masiv 20AD To The World Berjaya ‘Pukau’ Peminat Di Malaysia!

Konsert D’Masiv 20AD To The World Live In Kuala Lumpur pastinya menjadi kenangan terindah buat peminat kumpulan muzik terkenal negara seberang ini.

Berlangsung selama dua malam di Zepp Kuala Lumpur, mereka memberi persembahan yang sangat bertenaga dan vokal Rian Ekky Pradipta selaku penyanyi utama kumpulan D’Masiv memukau semua hadirin.

Dengan kehadiran penonton seramai 2,000 orang pada malam kedua, konsert anjuran Neptunes Presents itu menerima sorakan padu peminat yang hadir dan mereka turut menyanyi bersama sepanjang konsert berlangsung.

“Wahh, luar biasa crowd malam ini ya, saya fikir tidak ramai pada malam keduanya, ternyata luar biasa,” ujar Rian.

Terkenal dengan lagu-lagu sendu, D’Masiv berjaya membuatkan rata-rata penonton yang hadir menjadi ‘galau’ dengan kelunakkan suara Rian dalam setiap persembahan.

Bukan itu sahaja, D’Masiv turut menghadiahkan peminat mereka sebanyak 25 buah lagu pada malam tadi.

Antara lagu yang dinyanyikan sepanjang konsert berlangsung ialah Dibawah Langit Yang Sama, Apa Salahku, Jangan Menyerah, Hapus Aku, Pergilah Kasih, Rindu Setengah Mati, Tak Bisa Hidup Tanpamu, Merindukanmu, Semakin, Cinta Ini Membunuhku dan banyak lagi.

Apa yang menyedihkan apabila sepatutnya bekas vokalis kumpulan popular Nidji, Giring bakal berduet dalam lagu Hapus Aku untuk memeriahkan konsert D’Masiv pada malam kedua tetapi keadaan tidak mengizinkan atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, Giring tetap hadir ke konsert tersebut menonton dan menyanyi di bahagian tempat duduk bersama penonton-penonton lain.

Persembahan itu tetap menjadi persembahan terbaik kerana mendapat sokongan penuh dari peminat yang menyanyikan lagu itu dengan penuh semangat.

Mereka telah mengakhiri persembahannya dengan menyanyikan lagu hits, Cinta Ini Membunuhku yang dinantikan ramai peminat pada malam tersebut.

D’Masiv akan meneruskan siri jelajah seterusnya di Jakarta, Indonesia pada 1 Julai depan, diikuti Singapura pada 6 Julai depan.

D’Masiv juga bakal terbang ke Australia dan Amerika Syarikat untuk siri jelajah, tahun ini.

Sementara itu, penganjur, Neptunes Presents akan meneruskan projek Senandung Malam Volume 3 dengan membawa kumpulan popular Indonesia pada September ini.

Kredit foto: @brstmode

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 10 Dec 2018

Dora the Explorer Wows Malaysians in Live Show at Resorts World Genting

Both children and adults will be highly entertained by the fun show.

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Impian Jadi Kenyataan, Syamel Mampu Beli Kereta Mewah Okay!

Wah, lepasni bolehlah tumpang kereta Syamel ronda-ronda

Hiburan Sun, 12 Jan 2020

Sherry Ibrahim Mahu Terus Berniaga Walaupun…

Kalau buat betul-betul, memang boleh untung banyak berniaga ni…

Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Sun, 13 Jan 2019
Trending Fri, 8 May 2020

KKM Kesan Kluster Libatkan ‘Pak Guard’ Di Pusat Beli Belah

jangan lupa amalkan penjarakan sosial tau korang!

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

“Ibu Bapa Saya Tak Halang Kalau Jodoh Saya Wanita Islam, Mereka Cuma Risau Bila….’ – Andy Teh

‘Mereka risau bila dah tiada macam mana saya nak sembah doa untuk ibu bapa’ – Andy Teh

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Tolonglah Cabar Saya” – Taufiq Hanafi Mahu Bawa Watak Berbeza

Meskipun sudah bertapak agak lama didalam industri seni tempatan, pelakon aksi, Taufiq Hanafi, menginginkan satu cabaran untuk membuktikan kepada penonton bahawa dirinya juga merupakan seorang pelakon versatil. Memetik laporan mStar, Taufiq mahu membuang stereotaip yang […]

error: Content is protected !!