Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin November 11, 2024 @ 9:00pm

Bangkit Nostalgia! Battle Of Time: Exists & Masdo Cetus Gelombang Kugiran Dua Era

Gabungan kumpulan popular dua era iaitu Exists dan Masdo yang berlangsung pada Ahad di Dewan Merdeka World Trade Centre, Kuala Lumpur sememangnya membangkitkan nostalgia menerusi senarai lagu-lagu pilihan yang didendangkan.

Selain memberikan pengalaman ‘pulang’ ke masa silam, dua nama besar ini semestinya layak diberikan penghargaan dek kerana berjaya mencipta memori manis kepada semua penonton yang hadir pada konsert berkenaan.

Membuka pentas dengan dendangan lagu dari kumpulan anak muda yang mula mencipta nama sekitar tahun 2015, Masdo tampil dengan lagu popular mereka berjudul Bunga, Miss Flower Learns To Twist dan Janji Manis sebelum menyanyikan lagu hasil ciptaan penyanyi popular, Noh Salleh berjudul Inilah JalanNya.

 

Dalam pada itu, kumpulan Masdo juga tidak mengambil masa yang lama untuk berinteraksi dengan peminat yang hadir sebelum meneruskan persembahan mereka dengan membawakan lagu Perih Jerih, Kechundang, Kasih & Sayang, Dinda,  Malam Pesta Rock & Roll dan Bercanda Di Malam Indah sebelum menutup tirai persembahan mereka dengan ‘trademark’ kumpulan ini yang digelar ‘changkung’.

@xtra_my Nah! Lagu feveret juga lagu wajib korang disemua semua ig story & TikTok. Menyalahh Masdo ✨🙌🏻 #masdo #kugiranmasdo #inilahjalannya #battleoftimeexistsxmasdo #exists ♬ original sound – XTRA

Gelombang kugiran dua era terus dihangatkan dengan penampilan kumpulan Exists yang pastinya ditunggu-tunggu sebahagian penonton yang hadir dan membesar mendengarkan lagu-lagu hebat mereka.

Menyanyikan sebanyak 13 buah lagu, Exists terus menggegarkan dewan apabila Ezad selaku vokalis mendendangkan lagu Seperti Dulu, Mama Tolonglah Percaya, Julia, Tak Tahu Harga Cinta, Janji Padamu, Langkah Seiringan, Bunga dan lagu medley berjudul Pancut Ke Siling serta Oh, Benih.

@xtra_my Satu hall bergema nyanyi lagu ni okay! Betul-betul yang datang pun semua anak galau 2 dekad❤️🔥 #exist #battleoftimeexistsxmasdo #fyp #wtc ♬ original sound – XTRA

Tidak habis disitu, selaku kumpulan senior, Exists berjaya membuatkan semua peminat yang hadir bernyanyi bersama ketika mendendangkan lagu hit mereka seperti Jesnita, Percayakan Siti, Rahsia Pohon Cemara, Mengintai Dari Tirai Kamar dan Alasanmu sebelum bergabung dan menyanyikan lagu bersama kumpulan Masdo untuk konsert penutup kali ini.

Antara lagu penutup konsert Battle Of Time: Exists & Masdo adalah, Pujaanku, Kapal Terbang Kertas & Muda Mudi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 10 Aug 2019

Anak Tercekik Blok Mainan, Ibu Pula Yang ‘Lemas’

Bahayanya mainan ini pada anak-anak kecil ya. Pantau serapat yang boleh.

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Dipuji Mentua Idaman Wanita, Sheila Rusly Usik Nak Jadikan Fazura Menantu – “Kalau Ada Anak Lelaki Lagi Boleh Jodohkan…”

Sheila sempat mengusik dan berseloroh mahu menjadikan Fazura menantu sekiranya dia mempunyai anak lelaki lagi.

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Adele’s Latest Post Left Fans Speechless!

Looking like a sexy hot bombshell, Adele’s latest post on her Instagram left tongues wagging! In sync with Christmas, which is just around the corner, the British singer-songwriter posted a photo of her with the […]

Events Tue, 13 Nov 2018

Kutipan 7UJUH Cecah RM 600,000 Lepas Lima Hari Tayangan

Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin memaklumkan dia terkejut dengan sambutan penonton setakat ini.

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Fesyen Marion Caunter Dan Anak-Anak Jadi Perhatian

kalau mampu apa salahnya…untungnya nasib badan.

error: Content is protected !!