Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 3, 2020 @ 10:00am

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Disember

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai 7.66 juta pengguna domestik di semenanjung akan terus menikmati diskaun bil elektrik di antara dua hingga 50 peratus dari 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Ianya sebagai lanjutan kepada diskaun elektrik yang diumumkan 27 Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Pemberian diskaun bil elektrik yang sebelum ini diumum bagi tempoh April hingga September 2020 dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 bagi semua pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Pelanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan di antara 601 hingga 900kWj yang mula mendapat diskaun 10 peratus di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diumumkan kerajaan pada 20 Jun,” Katanya.

Sabah & Sarawak TIDAK terkecuali daripada menerima diskaun

Sumber : Google

Tambahnya lagi, pengguna domestik di Sabah dan Sarawak pula akan terus menerima diskaun bil elektrik sebanyak dua peratus sehingga 31 Disember 2020 yang akan memanfaatkan kira-kira 520,000 orang di Sabah dan 580,000 orang di Sarawak.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan diskaun bil elektrik bermula April 2020 hingga September 2020 membabitkan semua pengguna di seluruh negara dalam usaha membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

Shamsul Anuar berkata, lanjutan diskaun selama tiga bulan bagi pengguna di Semenanjung akan dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dengan anggaran sebanyak RM392 juta.

Manakala, diskaun bagi Sabah dan Sarawak pula akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6 juta.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 6 Apr 2022

Dituduh Mencuri, Gadis Ini Bertindak Dedah Bekas Majikan Buat Aksi Lucah Di….

Gadis bertindak mendedahkan kisah sebenar bekas majikannya!

Featured Thu, 22 Jan 2026

“Marriage Fail, Family Jangan Fail” – Yasmin Hani Kekal Hubungan Baik Dengan Bekas Suami

Yasmin Hani memilih untuk mengekalkan hubungan baik bersama bekas suaminya demi kebajikan dan kebahagiaan anak-anak.

Trending Thu, 21 Nov 2019

BTS’ V Reacted To A Fan Shipping Him With Jungkook #VKook

Is the ship still sailing or sinks like the Titanic?

Trending Mon, 9 Apr 2018

Man Attempts Suicide After Failing to Become Idol

It is reported that the trainee got triggered by the recent suicide of a famous idol.

Featured Tue, 23 Apr 2024
error: Content is protected !!