Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 26, 2018 @ 11:49am

Hans Isaac Jawab Isu Dating Dengan Lofa?

Baru-baru ini Datuk Hans Isaac dan Neelofa dikaitkan mempunyai hubungan cinta apabila kedua-duanya dilihat keluar bersama menyaksikan sebuah konsert yang berlangsung di Genting Highlands. Betul ke?

Menurut Hans, dia dan Lofa bukanlah keluar berdua tetapi turut ditemani dengan rakan-rakan yang lain. Malah, pertemuan itu cuma kebetulan dan bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen. 

Hans Dan Lofa ketika berada di Genting Highland

“Video yang tular itu berlaku sebelum konsert berlangsung. Kami bertemu di restoran yang sama dan kebetulan meja penuh. Disebabkan mahu cepat, kami pun berkongsi meja. Dan, gambar yang tersebar itu diambil oleh seorang teman, bukannya daripada telefon kami.” Jelasnya

Hans turut mengulas lanjut bahawa dia dan Lofa selalu keluar bersama atas urusan kerja semata-mata. Selain itu, Hans memberitahu bahawa walaupun dia dan Lofa sudah tiada apa-apa hubungan namun tidak wujud sebarang persengketaan antara diri beliau dan pengacara terkenal itu.

Hans Isaac semasa menghadiri program Melodi baru-baru ini

“Apa yang berlaku hanyalah salah faham. Jujurnya, kami memang selalu keluar bersama. Kadang-kadang kami berbincang pasal kerja. Cuma orang tak tahu yang kami berjumpa atas dasar kerja dan menganggap saya dan Lofa dating. Dan, walau apapunyang berlaku antara kami, kami tetap berkawan baik. Justeru itu, walau apapun yang berlaku kepadany, saya akan tetap mempertahankan dirinya dan terus memberi sokongan tidak berbelah bagi .” Katanya

Apapun, andainya Hans Isaac dan Lofa kembali bersama apa salahnya kan? Kedua-duanya pun sama cantik, sama padan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 7 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Pai Labu Manis

Lari dari kebiasaan, hidangkan pai labu ini untuk yang tersayang…Manis, enak & labu antara makanan berkhasiat, jom cuba hari ini. Gerenti korang tak berganjak dari meja makan!

Events Fri, 1 Nov 2019
Events Sat, 12 Oct 2019

Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Wah, kita doakan yang baik-baik buat pasangan dua sejoli ini okay!

Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Da’i Danial Tak Jangka Tersingkir

Memang tak jangka, tapi peserta berusia 27 tahun ini akur dengan adat dalam sesebuah pertandingan. Kalah atau menang adalah lumrah sesebuah program realiti. Sabarlah ya, Insha Allah ada rezeki lebih baik menanti di luar sana!

Featured Sat, 10 Sep 2022

Muat Naik Hantaran Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa? – “Ada Masalah Keluarga, Canang Sahaja Kepada Umum”

Ada yang patut dicanang dan ada yang tak patut! Jaga hal sendiri lebih baik 😬

#tilljannah Wed, 18 Jan 2023
Featured Sun, 10 Nov 2024
error: Content is protected !!