Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 7, 2022 @ 5:00pm

Suami Cekik Dan Acu Objek Tajam Dileher Isteri Gara-Gara Kejut Berbuka Puasa

Siapa sangka Ramadan yang sepatutnya disambut dengan penuh gembira dan rasa syukur oleh seluruh umat Islam di serata dunia bertukar menjadi tragedi malang buat seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai @Yusfairuz.

Perkongsian yang di muat naik menerusi aplikasi berkenaan mendapat pelbagai respon dari warganet yang rata-ratanya bersimpati terhadap kejadian yang menimpa beliau.

Menurut ibu kepada lima orang anak ini, kejadian berlaku pada hari pertama berpuasa apabila beliau mengejutkan suaminya untuk berbuka.

Namun siapa sangka, tindakan si suami amat mengejutkan apabila bertindak mencekik dan mengacukan objek tajam di lehernya.

“Kejadian berlaku semasa hari pertama berpuasa. Saya kejutkan dia sebab dah nak berbuka tetapi, dia tiba-tiba marah dan sepahkan barang dekat rumah.

“Paling saya terkejut apabila dia cekik saya dan acukan benda tajam dekat lehersaya. Dia tak pernah buat macam ni,” katanya.

Bagaimanapun, susulan kejadian berikut, Yusfairuz memaklumkan dia telahpun membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku.

Video berdurasi 13 saat yang dimuat naik sejak beberapa hari lalu, kini telahpun di tonton lebih dari 3 juta tontonan.

Menerusi hantaran terkini nya, beliau dilihat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap keselamatannya dan anak-anak.

Bahkan, memohon agar pihak di luar sana mendoakan agar dirinya diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Individu Ugut Bunuh Harith Iskander Dihukum Lima Bulan & Denda RM2,000 – “Saya Berniat Mainkan Perasaan Saja…”

Tertuduh hanya berniat nak permainkan Harith Iskander, beri ugutan bunuh dan rogol

Events Fri, 3 Jan 2020
Featured Tue, 26 Nov 2019

Rawatan baharu bagi pesakit kanser payudara

Kajian Novartis bantu pesakit nikmati kehidupan bermutu

Featured Wed, 21 Dec 2022

Nyanyi ‘I Believe I Can Fly’ Atas Awan, Netizen Puji Tahap Keberanian Daiyan Trisha – “She Is So Brave!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menaiki luncur layar (paragliding) di Switzerland sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Daiyan sedang menikmati permandangan di atas awan sambil menyanyi sebuah lagu […]

Hiburan Fri, 21 Feb 2025
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Kahitna Selit Muzik 40an Dalam ‘Seribu Bulan Sejuta Malam’

SBSM mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin mencari pasangan hidup selepas kematian isterinya…

Featured Wed, 19 Mar 2025
Featured Sat, 31 May 2025
error: Content is protected !!