Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 17, 2025 @ 3:11pm

“Lantaklah Mereka Nak Cakap Apa” – Nadeera Zaini Nafi Bersekedudukan Dengan Lelaki Berstatus Suami Orang

Penyanyi bersuara emas, Nadeera Zaini menolak dakwaan kononnya dia adalah artis yang dikatakan bersekedudukan dengan lelaki berstatus suami orang.

Nadeera ketika ditemui XTRA berkata, dia adalah individu yang tidak pernah kisah mengenai kehidupan orang, apatah lagi melibatkan hal rumah tangga orang lain.

“Saya pun tak tahulah tiba-tiba nama dipetik, saya memang tak campur langsung hal orang, rumah tangga orang ke saya memang tak nak komen apa-apa. Its up to you guys lah kalau nak cakap itu saya ke, apa ke, saya nafikan semahu-mahuny,” ulasnya.

Ketika disoal mengenai adakah gosip liar tersebut bertujuan untuk menjatuhkan kariernya, Nadeera, 32, bagaimanapun tidak menolak dakwaan tersebut.

Namun, dalam masa sama dia bersyukur apabila keluarganya memahami mengenai perkara itu.

“Menjatuhkan, saya rasa mungkin ya, mungkin juga sebaliknya.  Saya pun tak tahu dan saya tak ambil peduli pun pasal benda tu.

“Nasib baik keluarga faham dan saya juga cuba terangkan perkara sebenar dan tak tahu menahu langsung pasal cerita itu .

“Jadi alhamdulillah mereka okay dan faham. Mungkin gosip itu mahu menghangatkan sahaja,  lagipun kita tak lama lagi nak AJL kan… jadi macam-macam lah nak timbul,” katanya.

Nadeera menjelaskan hal demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Gempak Most Wanted Award 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kelihatan tenang ketika namanya terpalit dengan isu kontroversi, Nadeera mengaku tidak kisah mengenai hal tersebut kerana mahu memberikan fokus terhadap persediannya menjelang Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) tidak lama lagi.

Malah, pelantun lagu Bukan Lagi Kita ini menegaskan, dia tidak takut sekiranya terpalit isu sama memandangkan dia bukanlah artis yang jenis mencari masalah.

“Ganggu konsentrasi AJL, tak menganggu pun… sebab saya tak ambil kisah benda-benda macam ni. Lagipun saya tengah fokus dalam preparation untuk AJL nanti jadi saya malas nak ambil pusing benda remeh temeh macam ni.

“Saya rasa tak perlu pun saya fikir sebab itu bukan saya. Lantaklah mereka nak cakap apa. itu bukan aku, jadi saya tak kisah benda tu pun.

“Saya kalau boleh nak menepis gosip panas untuk saya. Saya kalau boleh nak jadi artis yang  clean dari gosip sebab saya bukan jenis yang mencari masalah,”jelasnya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Nadeera kini sedang sibuk membuat persediaan menjelang AJL39 dan bakal tampil dengan lagu raya serta album single terbaharunya.

“Sekarang ni sedang prepared untuk AJL, dan selepas itu kita  akan keluar dengan lagu raya tak tahu lagi solo ataupun berduet. Itu  kena nantikan.

“Selain itu, akan ada single baru dari saya,” ujarnya.

Terdahulu, nama Nadeera dipetik dan mula tular di platform media sosial selepas ada pihak mendakwa seorang penyanyi yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen popular dikatakan kini menjalin hubungan dan bersekedudukan dengan suami orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Dipetik Bersekedudukan Dengan Suami Orang, Nadeera Zaini Anggap Tak Masuk Akal  – “Tiada Kena Mengena Dengan Saya”

Sekadar info, Nadeera dan Hael Hussaini merupakan penyanyi bagi lagu tema Anugerah Gempak Most Wanted 2024.

Anugeah berberpestij itu turut mengumumkan calon Top 5 merangkumi 11 kategori termasuk Selebriti Tergempak, Program Digital Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak dan Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak.

Ini termasuklah, anugerah khas Keluang Man of The Year dan Gempak Most Wanted 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 29 May 2019
Trending Tue, 25 Aug 2020
Featured Fri, 12 Mar 2021

Pelakon Risteena Munim Sah Bergelar Isteri Isa Khan

Tahniah buat kedua mempelai, sama cantik sama padan❤️

Featured Thu, 21 May 2020

Rumah kampung, tetapi hiasan ruang tamu mengalahkan kondominium!

Bijak sungguh pemiliknya menghias rumah!

Trending Sun, 14 Feb 2021

“Saya Tak Tahu Apa Yang Bakal Jadi Nanti” – Nabila Razali Bersedia Dengan Segala Kemungkinan AJL35

Penyanyi Nabila Razali yang kini giat menjalani persiapan untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua. Pernah melalui isu yang kurang menyenangkan […]

Featured Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Featured Fri, 22 May 2020

Rakyat dilarang bermalam ketika ziarah Aidilfitri

Melaka catat jumlah tertinggi rentas negeri

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

八度空间电视剧《假面2》收视报捷!

正于八度空间热播的『原创强档』中文电视剧《假面2》随着剧集的播出后频频报捷,收视再创新高!

error: Content is protected !!