Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 29, 2022 @ 8:04pm

Tak Rancang Soal Anak, Yonnyboii & Nazira Akui Bersedia Jadi Ibu Bapa Muda – “Kalau Boleh Memang Nak Ada…”

Baru-baru ini, penyanyi Yonnyboii, 24, dan isterinya, Nik Nazira Narriman, 23, akui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa di usia muda walaupun perkahwinan yang dibina belum mencecah setahun.

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin memaklumkan bahawa dia dan Nazira tidak pernah merancang soal anak sejak berkahwin.

Memetik laporan Harian Metro, Yonnyboii hanya berserah mengenai soal zuriat dan tidak mampu untuk mengatakan bersedia atau tidak.

“Bagi saya, kami berserah kerana perihal itu kita tak boleh sedia pun. Tak tahu macam mana nak mula, nak tangani, tapi kalau boleh saya memang nak adalah satu (anak).

“Kami tak merancang pun, kami ‘buat’ saja, asal jadi,” ujar Yonnyboi kepada Harian Metro.

Malah, pelantun lagu Sakit itu turut menjelaskan bahawa dia dan isteri masih dalam fasa bulan madu kerana sentiasa bersama ke mana sahaja supaya tidak timbul rasa rindu.

“Isteri saya selalu ikut teman di mana saya bekerja. Kalau dia ada kerja, saya yang akan pergi teman dia. Perkahwinan kami baharu menghampiri setahun dan saya tak sanggup untuk rindu dia lagi.

“Saya kalau dia jauh, saya tak senang hati. Ke mana saja pergi bersama supaya saya tak payah nak rasa tak senang hati kalau apa-apa terjadi,” katanya.

Bukan itu sahaja, Yonnyboii mendedahkan bahawa isterinya sanggup untuk menolak tawaran berlakon kerana tidak mahu berjauhan.

“Tempoh hari, isteri ada dapat tiga tawaran lakonan tapi dia tolak. Tapi dia tak kisah sebab ketika itu dia pentingkan saya dulu,” jelasnya lagi.

Untuk info, Yonnyboii dan Nazira telah mendirikan rumah tangga pada 20 November tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

李佩玲玛莎任「左肩的声音挑战赛」宣传大使!促进中马友谊

中国驻马大使馆办「左肩的声音」挑战赛促中马友谊,任李佩玲和玛莎为宣传大使,全力站台!

Hiburan Wed, 6 Nov 2024
Trending Wed, 2 Jun 2021
Trending Thu, 26 Oct 2023
Events Mon, 2 Sep 2019

「黑涩会美眉」丫头引进台湾茶饮店!柔佛开设全马第一旗舰店

曾经很火的台湾美少女组合「黑涩会美眉」成员丫头引进台湾茶饮店,在马来西亚柔佛开设全马第一旗舰店!

Featured Mon, 18 Aug 2025
Trending Tue, 20 Apr 2021
error: Content is protected !!