Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 9, 2025 @ 7:48pm

“Ramai Peminat Luar Negara, Khususnya Negara Jiran Bertanya Mengenai…” – Siti Nurhaliza Komited Promosi Pelancongan Kesihatan Malaysia

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan ramai peminat khususnya dari negara jiran Indonesia dan Singapura bertanya mengenai rawatan perubatan di Malaysia.

Sebagai seorang figura yang dikenali oleh peminat serantau, Biduanita Negara ini komited untuk mempromosikan kehebatan perubatan Malaysia pada peringkat antarabangsa melalui pelbagai platform media dan penampilan rasminya.

Dilantik sebagai duta jenama bagi Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia (MYMT) 2026 sejak Julai lalu, pelantun lagu Rencong ini memberitahu usaha promosi telah digerakkan melalui penerbitan video, perkongsian maklumat serta hebahan positif mengenai keupayaan hospital dan kepakaran perubatan negara.

“Saya rasa pelantikan sebagai duta ini sebagai satu tanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila saya dikenali dalam kalangan peminat di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Sebagai figura yang dikenali, saya berharap dapat membantu memperluaskan capaian kempen promosi MYMT melalui platform-platform media dan kemunculan kepada peminat serantau.

“Ramai peminat serta kenalan luar negara sering bertanyakan pandangan mengenai hospital swasta tempatan termasuk mereka yang datang hanya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya kepada XTRA.

Siti ditemui pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Hospital Pelancongan Perubatan Utama Malaysia 2025 di Damansara, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pelantun lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu ini turut menyifatkan perkembangan berkenaan menjadi petanda Malaysia semakin diiktiraf sebagai destinasi rawatan dan pelancongan yang dipercayai.

Bercakap mengenai rawatan pilihan pelancong kesihatan, Siti berbangga kerana Malaysia memiliki kepakaran bertaraf global, terutamanya dalam rawatan jantung, kanser serta persenyawaan in-vitro (IVF).

Pengalamannya sendiri melalui proses IVF menjadikannya sumber rujukan kepada ramai wanita dari Malaysia dan Indonesia yang mencari panduan berkaitan rawatan kesuburan.

Menurutnya, kunjungan ke beberapa hospital utama dalam negara membuka ruang untuk melihat secara dekat tahap kepakaran serta teknologi yang ditawarkan.

Ia sekali gus mendorongnya berkongsi maklumat dengan individu yang memerlukan rawatan khusus dan sedang mencari tempat yang sesuai.

Mengulas promosi MYMT 2026, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengajak rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh kerana usaha ini mampu menyumbang terus kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selain rawatan perubatan, sektor kecantikan, penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat kini menjadi tarikan utama pelancong antarabangsa, menjadikan Malaysia berada pada posisi strategik sebagai hab serantau.

“Kalau kita sendiri tidak menyokong industri kesihatan negara, siapa lagi?

“Saya juga yakin Malaysia mampu menjadi pusat rawatan dan hab terbaik dunia melalui gabungan kepakaran, destinasi menarik dan tawaran pelancongan bertaraf antarabangsa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Mar 2026

“Saya Trauma & Sekarang Masih Alami Vertigo” – Ezzanie Jasny Fobia Memandu Selepas Kemalangan

Bengkak di bahagian kepalanya sebenarnya masih belum sembuh sepenuhnya

Hiburan Tue, 31 May 2022
Trending Thu, 9 Oct 2025

Media Prima & Primeworks Studios Ungguli Pencalonan FFM 34 Dengan 5 Kandungan Terbaik!

Lima karya terbitan Media Prima dan Primeworks Studios mengukuhkan dominasi mereka dalam industri kreatif apabila tersenarai dalam Top 5 Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34).

Featured Wed, 7 Mar 2018

Ramai Nak Tahu Status Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa, Adakah Mereka Akan Bercerai?

Melihat ketegangan rumah tangga Ziana dan Armin ketika ini, ramai menjangkakan pasangan ini akan membawa haluan masing-masing, terutamanya jika Armin gagal menang kes.

Drama Sat, 31 Dec 2022

Kerana Cinta Itu Ada Tampil Gandingan Mantap Aedy Ashraf & Nabila Razali

Hanya kerana dengki dan iri hati, Nabila Aulia berdepan dengan pelbagai ujian sehingga mahligai perkahwinannya digadaikan. Apabila kebenaran itu timbul, masihkah ada peluang bagi Nabila Aulia dan Tengku Aisy untuk kembali menemui sinar bahagia? Saksikan […]

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
error: Content is protected !!