Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 9, 2025 @ 8:17pm

Media Prima & Primeworks Studios Ungguli Pencalonan FFM 34 Dengan 5 Kandungan Terbaik!

Lima karya utama terbitan dan edaran Media Prima serta Primeworks Studios terus membuktikan dominasi mereka dalam industri kreatif tempatan apabila tercalon dalam senarai Top 5 di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34).

Kejayaan ini bukan sahaja menonjolkan kekuatan produksi dan mutu penceritaan yang tinggi, malah mencerminkan usaha berterusan kedua-dua syarikat dalam mengangkat martabat karya tempatan agar seiring dengan standard antarabangsa.

Antara kandungan yang mencuri perhatian termasuk tiga penerbitan TV3, iaitu Fail Mahkamah: Derita Zara, Fail Mahkamah: Rindu Tak Berpenghujung dan Majalah 3: Nadi Peralihan Tenaga yang masing-masing mengetengahkan kisah berasaskan realiti, sarat dengan mesej kemanusiaan serta nilai inspirasi.

Turut menjadi tumpuan ialah dua karya besar terbitan Primeworks Studios iaitu Blood Brothers: Bara Naga dan Ejen Ali The Movie 2 yang memperkukuh reputasi produksi tempatan sebagai penerbit karya dengan penceritaan mantap dan visual bertaraf dunia.

EJEN ALI THE MOVIE 2 — Primeworks Studios & WAU Animation

Filem animasi kebanggaan negara ini terus mencipta sejarah selepas kejayaan luar biasa di pawagam tempatan. Ia kini mengungguli tiga pencalonan di FFM 34 bagi kategori Skor Muzik Asal Terbaik (Azri Yunus & Hakim Kamal), Kesan Khas Visual Terbaik (Faiz Hanafiah & Naim Sarip) dan Penataan Bunyi Terbaik (Fadhil Shafian, Hakim Kamal, Shafiq Isa & Qayyim Zamani).

BLOOD BROTHERS: BARA NAGA — Skop Productions / Primeworks Studios

Filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra ini muncul sebagai antara naskhah paling berpengaruh tahun ini, menerima pelbagai pencalonan utama di FFM 34. Ia turut mencatat kejayaan box-office dan mendapat pujian meluas daripada penonton serta pengkritik. Antara kategori yang dicalonkan termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Sharnaaz Ahmad), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly & Syafiq Kyle), Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Aksi & Lagak Ngeri Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik (Bara Jiwa nyanyian Azlan & The Typewriter & Muzza), serta Rekaan Kostum Terbaik.

FAIL MAHKAMAH: DERITA ZARA — TV3 / Primeworks Studios

Dokumentari ini menyelami kisah benar seorang wanita yang berjuang menegakkan keadilan dalam sistem perundangan yang penuh cabaran. Fail Mahkamah: Derita Zara mendapat pencalonan bagi kategori Dokumentari Terbaik, sebagai pengiktirafan terhadap kekuatan naratif dan keberanian penceritaannya dalam menonjolkan nilai kemanusiaan serta semangat perjuangan.

FAIL MAHKAMAH: RINDU TAK BERPENGHUJUNG — TV3 / Primeworks Studios

Kisah benar yang menyentuh emosi ini memberi perspektif baharu terhadap realiti dunia perundangan dan perjuangan mencari keadilan. Penceritaannya yang jujur dan penuh empati melayakkannya dicalonkan untuk kategori Dokumentari Terbaik di FFM 34, sebagai penghargaan kepada usaha pasukan produksi dalam mengetengahkan isu sosial dengan sensitiviti dan keinsafan.

MAJALAH 3: NADI PERALIHAN TENAGA — TV3 / Primeworks Studios

Episod khas sempena ulang tahun Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini menyorot inisiatif tenaga boleh diperbaharui dan strategi negara dalam mencapai pembangunan mampan. Pencalonan dalam kategori Dokumentari Terbaik mengiktiraf dedikasi pasukan Majalah 3 menghasilkan kandungan yang informatif, mendidik dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Kejayaan ini sekali lagi membuktikan komitmen Media Prima dan Primeworks Studios dalam memperkukuh landskap kreatif negara, bukan sekadar menghasilkan karya hiburan, tetapi menjadikan setiap kandungan sebagai wadah untuk menyampaikan mesej, nilai dan inspirasi kepada masyarakat.

Malam Anugerah FFM 34 akan berlangsung pada 1 November 2025, jam 8.30 malam, menyaksikan pertembungan karya terbaik tempatan dalam meraikan kehebatan industri filem Malaysia. Majlis berprestij ini akan disiarkan secara langsung di TV2 RTM dan saluran rasmi YouTube FINAS, membolehkan peminat sama-sama meraikan pencapaian para penggiat seni tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Sep 2022
Trending Mon, 20 Jan 2025
Trending Fri, 31 Jan 2020

[VIRAL] Kes Kemaluan Bau Ikan Masin, Pelakon Ini Alami Tekanan Melampau

Semoga yang baik-baik sahaja buat Fairuz dan suami.

Featured Fri, 2 Dec 2022

Muat Naik Video Menari, Ramai Impikan Badan Langsing Seperti Diana Danielle

Perkongsian pelakon jelita Diana Danielle yang memuat naik sebuah video di laman TikTok baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Diana yang memakai dress hitam sedang menari mengikut trend TikTok terkini menggunakan lagu […]

Trending Sat, 7 Apr 2018

Bekas Teman Lelaki Kylie Jenner Gesa Buat Ujian DNA, Percaya Stormi Adalah Anaknya

Kylie digesa membuat ujian paterniti (DNA) selepas bekas teman lelakinya, penyanyi rap Tyga menuntut Kylie berbuat demikian kerana merasakan bayi yang diberi nama Stormi itu sebenarnya adalah anaknya.

Trending Wed, 5 Aug 2020
Featured Wed, 1 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun Raih Perak, Ubati Kekecewaan Rakyat Malaysia

Setelah rayuan keputusan Paralimpik Ziyad Zolkefli tidak berpihak kepadanya, rakan seperjuangannya, Chew Wei Lun hari ini mengubati kekecewaan rakyat Malaysia apabila berjaya memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake […]

error: Content is protected !!