Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana April 27, 2023 @ 2:48pm

“Beraya Tetap Beraya, Tapi…” – Kongsi Video Di Gimnasium, Peminat Teruja Siti Nurhaliza Buat Persiapan Konsert

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi video melakukan aktiviti kecergasan di gimnasium sebagai persiapan Konsert Satu Suara Volume 3 yang bakal berlangsung pada 13 Mei hadapan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti menjelaskan persiapan untuk mengekalkan stamina harus dilakukan walaupun semua orang sedang sibuk dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Masa dah tak lama untuk Konsert Satu Suara Vol 3. Beraya tetap beraya tapi persiapan stamina kena buat juga sebab saya sangat teruja untuk konsert ini,” tulisnya di kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat buat Siti, malah ada yang kagum dengan persiapan sebelum konsert yang dilakukan oleh penyanyi terkemuka itu.

“Wah, mantap Tokti. Nie mesti gara-gara rendang dengan sambal goreng buat Tokti kene workout lagi awal. Teruskan Tokti. Teruskan semangat our queen. Moga dipermudahkan segalanya.

“Kebiasaan artis wanita akan menonjolkan bahagian-bahagian tertentu untuk dipamerkn kepada umum ketika di gym. Namun Tokti masih memelihara tubuhnya dr pandangan umum. Sebab tu nama Tokti kekal no 1 di Malaysia hingga sekarang.

“Ni yg kita mahukan. Barulah berbaloi peminat bayar tiket mahal-mahal sebab artisnya buat persiapan rapi serba-serbi untuk pastikan kualiti yg terbaik,” ujar peminat.

Siti bakal terlibat dalam Konsert Satu Suara Volume 3 yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur bersama Ernie Zakri dan Jay Jay.

Diadakan pada 13 Mei 2023, jam 8.30 malam, orang ramai boleh dapatkan tiket-tiket berharga RM588, RM488, RM388 dan RM288 di myticket.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Mar 2026

Filem ‘Tiket Sehala’ Kupas Kisah Benar Sindiket Kerja Luar Negara

Filem Tiket Sehala mengangkat kisah benar yang berkait dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

’Mula-Mula Ingat Dia Ni Tomboy Ke Pengkid Ke’- Fizi Ali Kenang Momen Lucu Dengan Isteri

Fizi mengaku hampir berputus-asa sewaktu nak mengorat Shakilla. Apa yang Fizi lakukan selepas itu?

Featured Fri, 26 Nov 2021
Cahaya Mata Fri, 19 May 2023

Sempat Singgah McDonalds Tahan Sakit, Nina Nadira Selamat Melahirkan Anak Kedua

Bab makan mesti sempat kan! Alhamdulillah, congrats Nina and suami

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
error: Content is protected !!